26 June 2010

Pagi Yang Sejuk


sementara nak tunggu wisel penamat Spain vs Chile ni baik aku conteng sikit kat blog aku ni. kan? cuti tinggal bape hari je, duit gaji pon tinggal sikit. nak buat benda kena guna duit. takbley ke main futsal bawak daun je? nak jamming bawak batu or ranting - ranting pokok buat bayar? nak gak merasa zaman dulu - dulu, main barter je. kau ade ape? tuka ngan aku. hahaha.

bley plak an member aku bagi cadangan tadi. kite beli DSLR nak sem depan? what the?! aku punya nak bajet, die ajak aku berbelanja. senget sebelah akaun duit aku kang. sape nak jawab? maggi kari jugaklah teman aku malam - malam. ehhh ape? wa mampu je okay tapi tunggu sem lagi satu laaaa. kumpul 1sem rm700 dapat rm1.4K. kumpul sikit duit FAMA baru sambar DSLR sebijik. aku taknak kawan ngan maggi selalu, kawan ngan nasik ayam ke, ciken cop ke, sepegeti ke, baru cool. macam orang maju sikit. haha.

ni haaaaa impian aku. okay tak?

d70 je der. lens tak kesah. aku dah belajar sikit - sikit. nak belajar lebih lagi takkan nak pinjam orang lain je kan? kena la ade sebijik kamera untuk pomen gambar. sabar gila aku tengok ni !

eh esok aku nak g jamming. main dram lagi. lagu? hentam jekkkk. kate pro. kecik - kecik ketuk baldi mak dalam bilik air, dah besar merasa ketuk dram. kalo main gitar plak lenjan penyapu masa tolong mak sapu rumah sambil goreng lagu sejarah mungkin berulang. alaaaa lagu New Boys yang tomok nyanyi tuuuu. haaa tau pon. wehhhh lagu febret budak - budak dulu. nak kutuk aku? jangan ! baik kutuk tomok, die lagi menggelikan. hahaha. oppsssss. terlebih sikit.

ouh pasal duit kan tadi? haaaa duit aku cukup - cukup untuk futsal, jamming, ngeteh. selain tu, harap maaf, sila tambah nilai beg duit anda jika tak mahu berhutang, terima kasih. wayang? errr tunggu dapat PT la. gaji aku abes watpe? haaaa yg tu kite tak tau !

ehhhh Spain dah menang laaa. 2-0. layak g pusingan 2 ! legaaa. kalau tak mesti kena kutuk ngan hunny. pedih gila~ dah - dah, kau ni blog, suke nak manja - manja dengan aku kan? taula malam ni. hehe. okay sorry aku terpaksa melayan mata aku plak dari layan kau blog.

p/s : bawah ni ade 2 gambar aku 'cuba edit'. lawa tak? gune SLR member aku. kalo ade sendiri lagi puas hati. byebye !
sebenarnya aku takley tdow sebab bantai sebijik durian. panas !!



- epin -

No comments: