01 December 2011

Buku Lagi



hey-ho! 




gua baru beli buku Ngeri dan Kougar terbitan FIXI. apa yang gua boleh rumuskan pasal buku ni, tak sia-sia gua beli. 


Kougar, bahan bacaan ringan yang boleh dibaca waktu santai. tak terlalu pressure fikiran anda untuk berfikir sebab semua watak dan situasi yang diceritakan adalah perkara yang berlaku di sekeliling kita seharian. benda rutin. benda ritual. benda biasa.


Ngeri pulak perlukan sedikit imaginasi kita untuk berada dalam situasi itu supaya meransang kita untuk memahami apa yang cuba disampaikan. agak berat walaupun plot dan jalan cerita agak longgar. ending dia yang gua fikirkan cliche rupanya ada penambahan dan kasi twist sikit. gua dah buat kesimpulan awal tapi rupanya kesimpulan gua tak lengkap dan ada benda yang gua tak terfikir.


Bogel Menuju Tuhan pulak buku yang aku pinjam dari seorang sahabat. sarat dengan puisi dan bahasa sastera kelas tinggi. tapi tidaklah terlampau tinggi hingga tak dapat digapai golongan marhaen yang hanya ambil SPM demi sijil untuk mintak kerja kerani. bahasa seorang pelakon teater selalunya begitu. gua suka. bahasa melayu yang digunakan adalah mudah tapi indah.


dan sekarang gua sedang berkira-kira untuk beli buku terbitan FIXI lagi. mungkin cekik dan jerat. ataupun zombijaya. tak pasti.


oh ya. lejenpress jugak akan menerbitkan beberapa judul bahan bacaan. aku harap tak ketinggalan sementelah 3 judul terbitan mereka aku sambar awal-awal.


berkenaan judul-judul buku yang aku sebut, boleh usha kat fixi.com.my dan lejenpress.com.

20 October 2011

Buku



Kitab terfaktab

merupakan sebuah naskah yang mempunyai koleksi pelbagai dari sudut cinta. kau nak ape? semua ada. kalau takde, mohon mintak penulis-penulis terfaktab tuliskan. mohon bagi idea andai mereka tak tuliskan. overall, aku boleh kata buku ni style sebab banyak bagi gua nasihat dan bukak sikit kepala dah baca pasal cinta. 1 malam habis baca.


PECAH

sebenarnya buku ni dah lama. aku takpasti bila buku ni diterbitkan. tapi aku berminat dengan buku-buku FIXI ni sebab review dari pembaca lain, buku ni best. so aku pinjam la dari Emdi (@mimidyana) yang baik hati bawak masa die nak hantar report haritu. jalan cerita style! tak cliche. 2 hari baru habis baca sebab banyak kekangan.


Awek Chuck Taylor

buah tangan dari salah seorang penulis Kitab Terfaktab iaitu Cob Nobbler di blogspot, ataupun Comradenami di Twitter. penulisan die memang style. gua dengar cerita blog Awek Chuck Taylor dapat hit yang gempak, 100000 readers in 2 months. damn amazing! gua tak baca blog tu sebab gua dapat tau pasal blog tu pun dah lambat dan mase tu ade ura-ura nak terbit buku. untuk tak kasi potong mood, gua tak baca blog, dan tunggu buku ni. berbaloi baca. bukak kepala otak sikit pasal real life. ambik masa 1 hari untuk khatam.


2 buku aku beli, 1 buku pinjam habiskan baca kurang dari seminggu. hahaha. style kot buku indie. Bogel Menuju Tuhan aku tak sempat nak baca lagi dan sedang mencari sesiapa yang ada buku tu untuk kasi pinjam. oh ya, gua ada Sperma Cinta jugak tapi kat rumah. kalau ade budak-budak UUM nak pinjam, bagitau je. gua tak kisah nak share benda best. kbai.

18 October 2011

Manusia dan Cinta

Manusia datang dan pergi. datang dengan izin-Nya, pergi dengan kemahuan-Nya. manusia tidak berhak menentukan kedua perkara itu.




begitu juga perasaan. yang merasai adalah hati.

hati adalah objektif dan perasaan adalah subjektif.

cinta dirasai oleh hati. maka cinta adalah perasaan.

cinta juga adalah subjektif. subjektif sesuatu yang tidak boleh dijawab tepat hanya boleh dihurai mengikut pendapat.

cinta tidak boleh dipaksa. dia datang, dia pergi. bila-bila masa, di mana sahaja. juga ikut ketentuan-Nya.

memperolehnya adalah nikmat dunia. kehilangannya adalah azab dunia.

kehilangan cinta dengan rela adalah redha, kehilangan cinta dengan paksa adalah seksa.

cinta bukan seperti permainan dam, sudoku, futsal, cityville mahupun farmville.

rasa nak undur, undur. rasa nak maju, maju. bukan begitu. tidak boleh dibuat main dengan perasaan.

sekali berbunga, ingat sepurnama. sekali sakit hati, ingat sampai mati.

hargai cinta, sayangi cinta dan jangan mendustai cinta.


Ariffin Janal, 2011.