gambar hiasan
what a day,hidup ni susah kan?buat keputusan utk diri sendiri susah,nak puaskan hati sendiri susah,nak buat benda betul susah,segalanya susah. benda senang adalah benda yg kita pernah lalui sbb itu pengalaman,kita dh belajar dari kesilapan. tapi kadang2 kita sendiri pon tergolek tersungkur dalam lubang sama,nak buat camana,mata kat atas ye tak??
kadang2 aku terpikir,aku ni dah cukup bagus ke utk menempuh hidup?dah cukup kuat?dah cukup besar?dah cukup bertanggungjawab?ya utk sesetangahnya,tidak juga utk sesetengahnya. baguskah aku untuk menjadi bagus depan mata org lain?baguskah aku utk menjadi disukai oleh org lain?baguskah aku utk tidak dibenci dilihat org lain?susah utk puaskan mata,hati,fikiran org lain supaya menilai kita yg baik2 saje,kalau reti berlakon pon kadang2 susah.
kita dilihat jelek,menyampah,mcm sampah walhal berusaha keras utk memperoleh perhatian ramai pihak tapi hasilnya tidak selalu memberangsangkan malah lebih utk menjatuhkan semangat kita. aku tidak suka berusaha kalau seseorang tu tak suka tgk aku berusaha,tidak menghargai malah tidak mahu melihat langsung usaha yg dibuat dan seterusnya menilai yg bukan2 psl aku. baik aku tunjuk pada pihak yg nak melihat kelebihan aku,ade kelebihan,ada kebaikan,mungkin masa depan cerah.
aku akan menjadi sangat down kalau ada insan yg berani menghina aku dengan selambernye. lebih2 lagi org yg aku percaya. aku tahu aku tidak sempurna,tp mencuba menjadi sempurna utk memuaskan hati semua agar disukai,tapi tidaklah sampai menjadi seperti badut untuk menarik perhatian,aku akan cuba menjadi sempurna kepada sesiapa yg ikhlas menerima aku sepertimana aku. aku berhak menarik perhatian sesiapa yg ikhlas kepadaku tetapi aku akan berterima kasih kepada yg payah menerimaku. ya,berterima kasih kerana mengajar aku supaya menjadi diterima orang lain.
suatu ketika aku berada di atas kerana dorongan dan penerimaan yg diberi tetapi aku mungkin berada dibawah dalam erti kata lain semangatku merundum disebabkan kehilangan sokongan yg paling kuat. oh dunia,penuh dengan helah dan dusta semata2,pujian disebalik penipuan boleh memakan seseorang. begitu juga aku,mudah tertipu dengan topeng keikhlasan yg dipakai kerana aku terlalu lurus untuk menerima pujian. bila terkena baru nak tergadah (betul ke?) tapi aku semacam tak kisah akan semua tu, tu yg dikatakan lurus bendul. ahhh,pedulilah selagi tak sume org benci aku,ade yg menerima aku,yg tak terima aku,ade aku kesahhh?? bak kata org kedah,lantak p la.
aku tak sanggup menjadi patung permainan yg boleh dimainkan sewenang-wenangnya,terima kata terima,taknak terima aku blah,cari org yg boleh menerima. jgn main2 kan aku pula dan ambil kesempatan atas kebodohan aku. aku akan cuba bersabar selagi terdaya dan jgn diusik kesabaran itu atau rosak binasalah keadaan selepas itu. aku pernah dipesan, belajar untuk jadi orang,tak berjaya takpe tapi jangan jadi sampah. untuk menjadi orang tu banyaklah halangannya. kesabaran kunci utama,aku tak nak guna tenaga untuk membinasai. tapi aku takut akan kehilangan kesabaran itu lalu menggunakan tenaga untuk melepaskan kesabaran. tidaklah kuat mana tapi mampu membinasakan muka seseorang.
"nobody is perfect.its hard to be perfect.try to accept the badness of someone because we also not a perfect person,its a normal human being."
p/s : aku post entry ni takde tujuan,taip ikot rase hati aku.haha
-epin-
No comments:
Post a Comment