11 January 2010

Gereja vs Masjid


Tajuk atas ni bukan nk tunjuk perlunya perlawanan, debat, perbahasan antara puak gereja (Kristian) dan masjid (Islam) tapi merujuk kpd permasalahan yg berlaku kat negara kita sekarang. Kes gereja dibakar oleh makhluk tuhan yg tak bertanggungjawab bukan benda main2. serious beb ! Ni hal bersama. 1Malaysia. Kita bukan tinggal kat Malaysia ni dgn kita2 je, tp dgn semua org, mcm2 kaum, mcm2 bangsa, janganla jadi bangsat plak. sorry, tp aku tak setuju dgn perlakuan mereka yg kurang ajar pada orang lain. jadi sebab perlakuan korang2 tu, rumah korang, harta korang, family korang, makbapak, anakbini korang plak yg kena bakar akan datang. tak mungkin tidak kan? maybe bukan mangsa yakni pihak gereja bakar, tapi korang kena atas sebab karma. perumpamaan buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat bukan omongan kosong tapi ada benarnya.

tak kisahla sape yg bakar pon, melayu, cina, india, or bangsa2 serta kaum2 yg tinggal kat Malaysia ni, janganlah buat org lain panggil korang bodoh ! ya, bodoh ! jgn cari pasal kalau pasal tu taknak ada. buat ikut kewarasan akal beb, bukan ikut hati. kalau pelakunya seorang Islam, mcm ni ke Islam? kalau pelakunya bukan Islam, jgnla cuba nak keruhkan keadaan. jgn cuba jadi batu api. baling batu sembunyi tangan. kalaulah betul perkara ni ada kaitan dgn isu penggunaan kalimah ALLAH, tolong, tolong, tolonglah jadi waras. kau orang ingat main bakar2 akan jernihkan keadaan? harapan bai. dh ade conference, bantahan, kalau mahkamah nak bg jugak biarlah. kalau diorang salah guna barulah perlu tunjuk perasaan, masa tu mahkamah mesti tarik balik penggunaan perkataan tu.

kau orang mesti tak reti bersyukur kan? Malaysia ni dh boleh dianggap bagus taw tak sbb boleh tinggal dgn banngsa2 lain kat tanah yg sama. lecturer aku pernah cakap, ms dia sambung belajar kt US dulu, susah nak nampak bangsa campur2 dlm satu tanah. kalau kata sini kawasan org hitam, hitam saje, kalau kawasan org putih, putih saje, kalau kawasan org asia, asia saje. tu dh bias namanya. kita tinggal kat satu tanah boleh pulak nak buat onar keatas org lain. Malaysia ni besar mana je nak bahagi2 kawasan. kita kena tunjuk kt org eropah, kita jauh lg bagus, terbaik, terpuji, maju dari segi toleransi, perpaduan dan persatuan. baru diorang juling mata tgk kita yg diorang anggap kita mundur dr segi semua aspek.

terbaca satu artikel di internet tadi, disalahkan pulak parti politik jadi dalang pembakaran tu. ada asas ke bro? kalau sekadar agak2, teka2, tafsir2, rumus2, tak payahlah. bukan aku sokong parti tu tapi aku tak sokong statement kau ! tak berasas. mane gambar aku nk tgk betul ke tak, sedangkan paparazi pon tak tau. mungkin kalau kau orang saje yg tawu, maknanya kau orang la yg buat. gitu? haha. aku pon nak serkap jarang gak cam kau orang.

dalam hal ni tak boleh salahkan sesiapa sama ada pihak individu, berkumpulan, parti, badan sosial, badan kerajaan, badan anti kerajaan tapi kena tgk diri sendiri. kalau rasa kita bertanggungjawab, keluar buat statement bg sebab kukuh kenapa bakar gereja tu. tu pon kalau rasa bertanggungjawab taknak masjid, kuil kena bakar. mcm mane panasnya, sakitnya hati org Kristian bila gereja diorang kena bakar, camtu jugakla sakit hati org Islam kalau masjid yg kena bakar, sakit juga hati org Hindu Budha kalau kuil diorang kena bakar. sebab org yg membakar gereja tersebut datang dari kalangan kita juga, jgn cuba bersubahat sbb lg keji dr dosa2 lain. respek org lain, org lain akan respek 2 kali lebih pada kita~

-epin-

5 comments:

mai , said...

wahhhh bole jadi perdana menteri. HAHAHA

epinmiera said...

hahaha..
kau perli ke puji aku nih??

dila said...

aku tak sokong mana2 parti...tp kalau ko perasan la, dulu sebelum gereja dibakar,media arus perdana ni punyalah bengong duk menyemarakkan hal ni..apa yang terjadi..?mestilah orang melayu marah sampai jadi benda ni..sepatutnya dorang kena ambik pendekatan y lebih bijak..jgn pandai duk curah api je.

tp kadang2 hati jahat aku berkata."padan muka"..dulu ko letak babi dalam masjid kitorang..sekarang rasakan plak macam mana hatikami terguris..keh3..tp tu hati jahat aku je la..

epinmiera said...

yep2..
kdg2 aku trpikir mende tu btol gak..
balasan yg diorang dpt pas buat onar..
tp aku tkot diorang akan buat lebih teruk dr yg berlaku skrg..
anything can happen~

mai , said...

AKU PUJI LAAAAAAAAAAAAA hahaha