muka muka player rugby eon. aku 2 dari kanan.
jumaat pagi aku dikorbankan. bangun awal, sebab aku kena main rugby untuk kolej. aku bukanlah terer sangat main, tak reti pon. saje suke suke.
pagi pagi budak dah melalak kat bawah blok kejut dari tidur. 'apahal la bising sangat ni?' bentak hatiku.
'woi diamlah ! orang nak tdow !' lalu dibalas 'tdow kepala otak kau ! main rugby la dol !'. eh harini dah jumaat ea? tak pasan plak aku. kan dah dapat sedas makian.
pergi padang dengan keadaan segar selepas bangun tidur dengan hanya basah dimuka. panas badan, tengok team lain main, cuci mata. sampai turn team aku main. game first aku tak main, bagi budak lain. kalah plak tu, damn ! takpe menang untuk game pasni.
'korang kena fokus ! tackle betol betol bagi kemas !' demikian kata kapten kami. yela tu, kalo lawan badan besar tiang berhenti takpela. ni paling kecik besar kaki anak gajah. haih. aku pon cuak tapi tak secuak orang lain, aku lebih berani.
game 2, aku main. semangat tak ingat tapi kena bantai je, semua serba tak kena. aku pon tak dapat bola, bola asyik dok belah lain je. panas ati plak aku.
oleh sebab team aku dah banyak sangat main kasar, reff bagi amaran. jangan rempuh rempuh lagi, kalo tak bagi kad.
'ahhh,lantaklah,dah besar sangat. rempuh jela' kataku dalam hati sebab tak berani cakap nanti dapat kad sebab melawan.
pemain lawan dapat bola, buat larian berani tak berani, passing pada member sebab takut kena rempuh, dapat pada si kurus, berlari laju laju, sampai depan aku cuba untuk disepak bola itu, aku datang menghalang bola dari terus mara, hulur kaki.
GEDEBUKK !! tergolek budak tu ! yang ko langgar kaki aku pasal? aku nak halang bola. pritttttt ! reff tiup wisel, awak kan yang tackle? sambil dilayangkan kad tu kepada aku. nah sekeping ! first time aku dapat kad, main futsal pon tak penah dapat kad.
aku nak bagi alasan. 'takpe awak duk luar,pikir dulu', dia bagi rehat 2 minit. ciss !
keluar padang dengan gaya terus minum air. pastu tak masuk lagi, malas aku nak main. game lain aku main laa.
walaupun tak sengaja tapi aku puas hati, jadi budak jahat macam si masherano liverpool. hahaha.
- epin -
No comments:
Post a Comment