17 April 2010

Demam Final

demam apa? biasa bro, demam final semester exam. dah 2tahun kat sini dicampurkan lagi dengan setahun kat matrik, adela dalam 6kali aku exam final semester. dan macam biasa, perlu study. malas malas malas. bukanlah kegemaranku menatap buku, kertas kertas, nota slide, dan segala bahan telahan. letih der. korang pon letih gak kan? hanya segelintir orang suka study dan baca baca buku tapi bukan aku yang termasuk dalam golongan itu. walaubagaimanapun aku kena jugak kuatkan hati untuk study. pngk dan juga pngs punya pasal.

aku buat jadual baru dan kaedah baru untuk study semester ni. tidur jap kul 11 sampai kul 1 then pulun study sampai pagi. sesudah subuh baru tidur sampai ke tengah hari. petang tak buat apa. takley la nak study siang, tak reti. aku reti study malam je. tak kisah la macam mane pon, aku tetap akan study malam walaupun bangun pagi buta, walaupun kacau waktu tidur, walaupun tak tidur langsung. itu style aku, jangan ikut kalo takley.

tapi ape yang aku buat? kengkadang bosan study, aku maraton movie takpon facebook-ing (tp jarang fb sebab tak ramai orang online). jejak subuh je, keluar ramai ramai pegi kampung darat sarapan nasik lemak. subuh subuh dah sarapan. cool kan? makan macam orang kelaparan plak tu gaya makan. masyaallah. korang yang dok uum tapi tak pernah keluar pagi makan kat kampung darat memang rugi, baik korang pegi sebelum grad. ade gak la pengalaman nak cite kat member bile dah grad nanti.

selama seminggu study week aku buat macam ni, memang sah gemuk aku balik rumah nanti. tunggu mak kata apa nanti. belum bakal bini komen lagi tu. haha. menternak lemak betul lah study week ni. tu yang aku tak suka minggu study. takpelah, mak kata tak baik berkira bab makan, kalo bab lain memang kena berkira. aku ikut pesan hunny gak, gemuk tu bahagia. yela, orang bahagia makan banyak menandakan pasangannya pandai jaga makan, tak susah hati dengan kerenah pasangan masing masing. yela tu sayang. hehe.

sudahla tu, mau tidur, sudah masuk waktu tidur ni. now pukul 9 pagi, tekalah pukul berapa aku bangun nanti. hahahaha

- epin -

2 comments: