sejak ni macam - macam masalah timbul dalam hidup aku. itulah. inilah. kadang - kadang aku penat kenapa perlu ada masalah. bukan aku buat pon aku kena settle.
tak adil kan?
tapi nak jadi manusia kenalah macam ni. mana ada manusia takde masalah. sebaik - baik manusia pon ada masalah jugak. entahlah, nak garu kepala lama - lama botak.
walau begitu, aku tetap berusaha selesaikan masalah yang ada. taknak melarat. lagi payah nanti. tapi kalau aku ade masalah pon aku tak suka nak bercerita. memang dah sikapku begitu. diam lebih baik. aku yang sememangnya suka berdiam (bagi kebanyakan yang tidak mengenalku) takut kalau aku cerita akan membuatkan aku emosi dan marahkan orang lain. kasihan orang yang kena, takde kaitan sebenarnya. jadi aku lebih suka berfikir sendiri serta mengasingkan masalah dengan aktiviti aku. aku lebih suka menjaga hati orang dari hati aku sendiri.
jangan dicampur !
nanti seharian berkerut muka walhal aktiviti berkenaan free from problems.
kalau tension dan marah, aku lepas geram juga. selalunya bola adalah sasaran. main futsal. ya aku nampak kegeraman itu terbang melayang bersama bola dan menitik bersama peluh.
lega !
aku tak tipu, memang aku suka buat begitu. bola takde perasaan jadi tak salah rembat sekuat hati walaupun pintu gol jauh sebatu. bola takkan melenting jika diperlaku begitu kerana sudah memang tugasnya begitu. tapi kasihan juga bola. pendek hayatnya nanti.
tapi lain kalau sebaliknya. aku tidak akan marah sebab masalah aku kerana aku pikir tidak logik nak marahkan diri sendiri. tenang. aku akan marah kalau aku betul - betul marah. api dah naik kepala, hati dah pedih. walaupun jarang - jarang, kadang - kadang serta tak selalu terjadi. aku ada terbaca orang macam aku kalau dah marah bahaya. ya kah? dusta ! aku tak pernah bunuh orang. aku tak pernah pukul orang. mana ada bahaya. hahahaha
p/s : laptop aku sering buat hal sejak - sejak ni. OS tak stabil ataupun memang nak manja - manja dengan aku? mari format !
- epin -
No comments:
Post a Comment