24 October 2010

Aroma

selamat maghrib.

seperti biasa, sebagai student, aku memulakan hari aku dengan kejutan alarm telefon bimbit. bangun tidur, buang taik mata sambil tatap skrin telefon bimbit dengan pandangan kuyu akibat mengantuk lagi. semak semak misscall, received call ataupun inbox. mana tau kot kot cinta hati ade bagi mesej ke, awek sesat misscall ke ataupun mak abah call. apa pun tiada. cinta hati mungkin telah awal pagi keluar rumah untuk ke kelas, awek sesat mungkin tak terpikir nak call aku dan mak abah mungkin sedang sibuk momong (menjaga) baby kat rumah.

bangun dengan tak larat + paksa lalu mandi. ambik masa 15 minit di bilik air yang mana banyak dihabiskan masa untuk bersandar di dinding dan sambung terlelap. selesai bersiap siap, turun ke kuda kesayangan untuk ke kelas. belek belek side mirror tengok kekacakkan diri sendiri, usap usap motor tanda kasih sayang lalu start. terasa lain macam lalu tengok keadaan motor. damn! pancit pulak.

buat keputusan serta merta untuk naik bas sebab dalam kepala dah nampak lecturer sedang buat muka ketat atas kelewatan aku. penunggu setia bus stop tak ramai, dapatlah naik bas yang biasanya macam tin sardin dengan mudah.

duduk sorang sorang kat belakang sekali sambil buat gaya senior yang otai. sesekali bas berhenti untuk mengambil penumpang tapi mata aku tak berhenti usha usha awek awek mekap tebal dan amoy amoy yang tak mandi pagi. dua orang awek duduk selang dua baris depan aku. aku? masih cool menjaga imej.

tengah aku syok berangan angan tengok sekitar kampus yang tak pernah lapang ni, awek dua orang tadi tu usha usha aku sambil ketawa ketawa manja. tapi, aku masih cool.

yang sorang duk jeling jeling, yang sorang lagi sibuk marah member sebab banyak sangat jeling aku. jealous agaknye die. tapi, aku masih cool.

kenapa aku? sebab yang duduk belakang waktu tu takde sape lagi dah selain aku (seat belakang sekali) dan 2 orang awek tu (seat 3 dari belakang). yang lain penuhkan saf depan. tu yang boleh kate aku tak salah perasan la yang awek 2 orang tu usha usha aku.

lepas tu, aku tertangkap aroma yang setiap orang tau. gerenti pernah bau punyelah. aku mencari cari punca. keliling aku, clear. aku plak, tak sakit perut time tu. clear. tapi aku tengok budak pompuan 2 orang tu makin ligat ketawanya. takde rasa nak mencari punca bau tu pun.

sah! bau tu salah sorang dari diorang. siot buruk punye perangai. bagi salam dulu lah kot yer pon nak ken***. ni main senyum senyum. bajet aku nak cair ahhh tuuu kannnn. grrrr


epin kate - malas naik bas lagi.

4 comments:

Myzatul FarahinSatimin said...

epin.... ak rndu ko d fesbuk.....

epin jenal said...

takyah la rindu aku kat fb. ym aku kan ade.

Myzatul FarahinSatimin said...

ym ko olwez im mobile je ak tgk...

Ariffin Janal said...

hahahaha skrg nga online~