selamat hari jumaat.
berikut merupakan topik utama yang akan dibualkan oleh sekumpulan individu yang terpilih.
situasi 1 : pelajar universiti
topik yang dibualkan tak jauh menyimpang dari gelaran mereka sebagai mahasiswa. balik balik cerita pasal assignment, kelas dan test. korang try la cerita pasal belajar, ade je yang sambut.
situasi 2 : remaja sosial.
topik yang dibualkan berkisar tentang perlakuan sosial mereka. bagi yang takde kerja, abeskan duit mak bapak. bagi yang kerja, duit gaji abes seminggu. contohnya perbualan, sosial, sosial dan sosial ketika lepak. dan biasanya lewat malam menjengah ke pagi. kalau ade aktiviti extra, tengok race motor dengan gadis gadis yang diorang angkut dari mane mane entah. gadiskah?
situasi 3 : kanak kanak.
diorang ni takde cerita lain. balik balik kartun, mainan. itu jelah dunia diorang yang sebenarnya. happy sentiasa. mane nak ade pikir dunia.
situasi 4 : warga pertengahan umur.
biasanya diorang ni bercerita pasal politik, negara dengan masalah remaja sekarang. bagi yang warga warung tegar, diorang borak sambil duduk duduk lepak kat warung. takde pulak cerita ape anak bini makan kat rumah, kesian bini buat kerja sorang sorang serta lain lain topik yang bermanfaat serta mempunyai hasil. kerja diorang bangkang sane sini. diorang dengan remaja sosial, tiada beza.
situasi 5 : remaja berwawasan.
diorang ni biasanya bukan golongan cerdik pandai, takde peluang sambung belajar tapi ape yang diorang bualkan selalunya pasal usaha cari duit. kerja kerja dan kerja. takdelah duduk nganga tunggu duit jatuh.
situasi 6 : awek awek.
takde topik lain. shopin, lelaki hensem, artis. itu jelah topik utama. kadang kadang selit ngumpat buat penyedap cerita. ngumpat pasal ape tu aku taktau la. tapi sesetengah jelah rasenye. karang ade yang pangkah aku buat statement 'bakar line'.
situasi 7 : cikgu cikgu dan lecturer lecturer.
golongan ini akan selalu mengadu sesama sendiri tentang masalah kelas, masalah student dan lain lain berkaitan akedemik. cara nak tangani, pendapat serta idea idea dari member digalakkan. bagi yang tak sabar sikit, sumpah student sane sini. isk isk isk.
situasi 8 : isteri isteri.
bagi yang bekerjaya, mungkin takde mase nak borak sesama jiran tentang ape yang jiran lain buat. tapi bagi yang kaki skodeng dan kaki sebuk hal rumah tangga orang lain, diorang ni ade banyak masa berkualiti untuk buat cerita tak elok. kalo nampak, pastu bagi nasihat ke takpelah. dahla suke sibuk, banyak mulut plak tu. kelab mesyuarat tingkap ni patut diharamkan. mendatangkan kesan buruk kat orang lain.
situasi 9 : peminat sukan.
golongan ini biasanya akan bercerita pasal bola. kalau tak bola eropah, diorang akan kondem bolasepak tempatan. takpun kadang kadang cerita pasal international games macam Komanwel ke, Piala Dunia ke, Sukan Sea ke. ape ape asalkan sukan.
situasi 10 : brader brader.
kumpulan ni selalunya disertai brader brader yang tak jambu, muke ketat, badan macam main ragbi. tapi topik perbualan diorang, awek lawa, camne nk usha awek, masalah awek dan lain lain pasal awek. what the fish ! aku ingat nak cerita pasal mafia ke gaduh gaduh ke gangster ke. baru teruja nak dengar! muke ganas, dalam hati jembuuuu.
epin kate - kalo cerita pasal awek, baik aku balik gayot dengan awek.
3 comments:
aku suke no 6 hahaha
byk btl situasi ko.. haha
una : hahaha kau mmg
hamzah : biasa bro. realiti
Post a Comment