22 November 2010

Produk








salam sejahtera.

Halim merupakan seorang yang suke bergaya. nak pergi mane pun die pakai smart smart walhal hanya ke rumah jiran nak pinjam tangga. sejak kecil die dah dibiasakan dengan pakaian yang berjenama dan berprofil tinggi. mak abahnya bukanlah orang yang senang tapi diorang bagi kemewahan demi anak tunggalnya yang sorang tu.

tapi yang peliknya, takde sape nak kawan dengan Halim. nak kate die nerd tak jugak. rambut pacak, pakai contact lens, pakai jeans levi's straight cut bawah pusat, pakai t-shirt kolar naik dan tak masuk dalam, pakai sandal Nike ori. tak nerd lah tu kan? takkan takde mamat mamat pengampu nak dekat dengan die ataupun awek awek pencukur nak usha die? pelik.

die sedar hakikat tu, tapi die tak boleh buat ape selain lepak sorang sorang. pergi mane mane pun takde sape nak teman, lepak kat rumah main PS3 Slim sorang, tengok Champions League kat mapley sorang, dan segalanya sorang termasuklah berak (takkan tu pun nak berteman).

die redha je dengan ketentuan Ilahi. tapi die tak putus asa buat baik dengan kawan lame die dengan harapan diorang nak rapat dengan die. dah kate harapan, harapan jelahh kan.

satu hari tu die tersesat call sorang awek padahal memang die sengaja pun test tekan nombor dengan harapan (harapan lagi) dapat kawan baru. awek cun bernama Suzy. usha, usha, usha dan usha lalu diorang pun rapatlah. tapi rapat kat iPhone 4G die jelah. main 3G, MMS, SMS, call, misscall, emel, Mobile Facebook, dan macam macam tapi still tak face to face. awek tu solo, die pun tak penahnye ade awek nak dekat, dahtu boleh ngam pulak.

dah lama dok kawan dalam talipon, Halim ajak jumpe. Suzy pun orait je.


"Halim tu handsome, takkan aku nak lepaskan gitu je", bentak hati Suzy.


pada tarikh dan masa yang ditetapkan, diorang jumpe. happy gile lah masing masing. pergi makan, shopping, karoke, main kat pusat video, tengok wayang. puas hati la beb bak kata orang. tapi Suzy buat perangai pelik. macam tak suke nak dekat dengan Halim sampailah diorang balik. pelik.


"errr, nape awak tak mesra macam dalam phone selalu? awak tak sihat ke?", tanya Halim dah mula pelik. tapi Suzy diam je. die tak sampai hati nak bagitau sesuatu, takut Halim terasa akan hakikat sebenar yang Suzy simpan.


"hurmmm, takde pape lah. saya okay je", jawab Suzy separuh bernafas bila teringat duduk dengan Halim.


Halim makin runsing, diajukan soalan bertalu talu kat Suzy. tapi siapalah Suzy seorang yang berbadan kurus dan comel untuk menepis serangan Halim tu. jatuh terduduk si Suzy ni. kesian. die pun macam dah tak tahan. nak cakap ke tak? cakap ke tak?


"ermmm, kalau saya bagitau sesuatu awak jangan marah ea?", disambut mesra soalan Suzy itu oleh Halim dengan perasaan debar.


"saya nak rekemen kat awak 1 produk kat pasaran yang dipanggil ubat gigi" ujar Suzy lembut dan innocent tapi padu.


. . .


dengan pantas Halim tekan butang merah kat skrin iPhone 4G die sambil muka merah padam. itulah kelemahan Halim yang paling besar.




epin kate - makan dalam der.

8 comments:

una said...

hahahahahahahahahahahahaha...kesian...paras rupe x pentg, yg pentg dalamn...

pinkaholic miera said...

bhahaha. kaw ni post mesti nak cam best kan? mane kaw kutip cite ni?

Ariffin Janal said...

una : hahahahaha kalo tak bersih tak gune jugak

hunny : buat sndri lah budak !

Cik Peanut said...

kisah benar halim aka ipin ke ni? hehhehe

Ariffin Janal said...

peanut : lebih je kacang ni, aku makan kau kang. agagagaga

Lia AnGguN® | SIS™ said...

hahah~
bkn mkn dalam.
makan ta habis tu~
nway nice story lar.
mnat mnulis cer fiksyen cmnie ker?

Ariffin Janal said...

lia : hahaha sikit2 la. tu pun kalo ade idea.

little ain said...

hahaha sengal!