10 December 2010

Bunyi








selamat petang (walhal waktu sekarang 5 pagi).

seperti yang korang dah tau, sekarang pukul 5. patutnye aku buat ape sekarang? mandi? salah. main futsal? kurang tepat. makan? tengah lapar tapi tahan je. patutnye aku sedang tidur dengan lena. tapi disebabkan kitaran hidup aku dah terbalik sejak musim exam ni, aku mudah terjaga.


aku nak cerita sikit pasal jenis jenis bunyi yang aku sungguh tak suka. bukan runut bunyi tapi berbunyi bunyi. kalau boleh nak sungguh sungguh tak suka. nape aku tak suka? eh sukati aku lah nak suka ke tak suka, suka suka korang je tanya nape aku tak suka benda yang memang aku tak suka. tengok, nampak kan betapa aku tak suka (kau merepek ape pin pagi pagi ni, kalau Si Petai tu tau konfem kau kena gile setepek).


aku bagi tak banyak, selalunya 5 je sebab aku malas nak menaip banyak sangat. memerah idea untuk merepek bukanlah aktiviti yang sihat tapi memenatkan.


1. bunyi handphone bila bateri low.

- bunyi ni memang aku menyampah. rasa macam nak baling jauh jauh je kalau terdengar. padahal baru lepas cas (24jam yang lepas) tapi dah low. menyirap air sirap asyrap betul ! kadang kadang tengah tidur mimpi dating dengan Lisa Surihani boleh terbangun semata mata dengar bunyi bateri low lalu cocok charger. boleh mendatangkan emosi dan amarah meluap luap. memanglah selalu aku mimpi jumpe Lisa tapi takyahlah kau jealous sangat dengan aku wahai Nokia-3310-Berbateri-Double A-Dua-Biji-Diikat-Dengan-Getah. panjang gile name phone aku kan? yelahhh aku miskin, mane mampu nak beli handphone Epal-tekan-tekan-kat-skrin.


2. bunyi suara foreighner main futsal.

- ini pun aku tak suka. main futsal macam kenduri kahwin orang red indian. bising rabak gile, kalah Hasbullah Awang. rilek rilek sudeh. ni main macam nak menang world cup padahal main futsal friendly dengan kawan kawan sendiri. pastu tak puas hati gaduh tang tu jugak. watdefish ! tak tengok keliling ke, budak budak kolej dah ready M16 dengan sniper kat bilik masing masing. bom tangan jangan ceritalah (sengaja taknak cerita, padan muke korang !).


3. bunyi orang banyak cekadak.

- eh camane ek bunyi orang banyak cekadak ni? adakah die akan berkata cekadak cekadak cekadak dengan banyak ataupun die mempunyai cekadak yang banyak? apa apa pun tekaan anda salah. banyak cekadak ni banyak bunyi. ade je die tak puas hati. itulah inilah. disertai dengan bebelan panjang yang langsung tak mengasyikkan. ingat aku suke ke perintah itu mintak ini. ouh ye jangan salah faham ye Hunny, bukan berkata awak tapi orang lain.


4. bunyi kentut secara sopan.

- yang ni aku tak gemar ni. biasanya kentut secara bersahaja tanpa cover cover, peratusan kebusukan yang terhasil adalah minima berbanding kentut secara bercover. sebab bau die perghhhh, telur tembakul 5 papan bhaiiii. panas angin kentut tu lagi memang boleh menghasilkan wap kott. orang cover kentut ni sebab sakit perut or tahan taik. bau memang ala ala taik la bak kata abah aku. aku tak sakit hati tang bunyi kentut kuat tapi sakit hati yang kentut panas tu. boleh sesak nafas aku kalau masa tu kat bilik yang bersuhu 35 darjah selsius. ikan dalam akuarium pun boleh mati kelemasan.


5. bunyi konsert opera oleh perut.

- yang ni aku malas sikit nak melayan, sebabnye kalau perut dah berdrama cina, konfem mintak diisi dengan benda yang boleh mengenyangkan. tapi yang mendatangkan masalah, waktu waktu macam ni mintak diisi (sambil menunjukkan jam pukul 6.30 pagi). gile kau, sape nak jual makanan pagi pagi buta ni. makcik nasik lemak pon dah balik lepas meniaga kat tingkap sebab dah pagi. so keputusan drastiknya, telan la ape ape yang ade buat kenyang. kertas handout slide pun layan (macam kambing la plak).


okay dah, tu je santapan rohani pagi ni. renung renungkan dan selamat beramal.




epin kate - tak sabar nak abes 2 paper lagi. gile slow !


3 comments:

izzati hamid said...

lepas ni suh zarul jual pg2 ....
hahahaha

Ariffin Janal said...

hahaha untung kalo bangun

Anonymous said...

lapo mcD