04 December 2010

Persediaan










selamat malam sayang. *bukan untuk korang, jangan perasan*

ya, kite berjumpe lagi dalam segmen merepek mengarut bersama hos anda epin hensem. hensem ke? memang terbukti hensem. sila tatap gambar aku sambil berkata 'epin hensem sebanyak 33 kali' maka betullah epin hensem. okay kite teruskan dengan agenda aku. malam ni aku nak share ilmu sikit pasal dunia hostel. bukan hotel ataupun motel, tapi hostel ataupun asrama.

korang yang baca post aku ni mesti kebanyakannya student lagi kan? so tau lah kan sikit sikit pasal hostel. tak kisah la hostel kolej ataupun universiti. asalkan hostel sebab semua lebih kurang je.

pengalaman aku menjadi penghuni hostel sejak lepas sekolah, masuk Matrilkulasi Johor sampai sekarang kat UUM Kota Sintok. macam macam aku belajar.

okay sekarang aku nak ceritakan sikit pasal situasi yang akan berlaku time korang kat hostel yang korang kena hadap dan sangat berbeza dengan situasi kat rumah. nak baca? teruskan. taknak baca? kena baca jugak, sape suruh korang bukak belog aku.


1. tidur.
- waktu tidur korang kat hostel memang beza lah dengan kat rumah. kalau kat rumah disiplin masa tidur mak abah korang yang kawal tapi kat hostel kolej selain sekolah, takde sape kawal. kau orang nak terbongkang dari maghrib sampai ke maghrib pun takde sape kesah tapi kantoi la kan korang tak solat. haaaaaaaa dosa tu. ade yang jenis bangun untuk kencing sebab tank dah penuh dan sambung tidur balik. nauzubillah teruk betul perangai masing masing kalau ade cenggini. isk3.


2. makan.
- waktu makan kadang kadang boleh lari dari jadual pemakanan yang disarankan kementerian makanan dan minuman Uganda. bujang la katakan jadi makan pun ikut perut, dah lapar babun gile baru nak carik makan. pukul 5 pagi pun slumber badak bedal nasik lemak kat warung. gile (tapi aku buat jugak).


3. toilet.
- toilet hostel mana ada jenis macam toilet kat rumah korang. mesti korang akan bertembung ataupun buang air secara beregu (jika berdua serentak) ataupun berpasukan (jika bertiga ataupun lebih serentak). so masa ni lah korang tunjukkan keramahan korang. kalau kencing mungkin sekejap la tapi aku nak cerita kalau berak. daripada korang bazir masa tenung pintu toilet sampai tembus (padahal takkan tembus) baik korang beramas mesra dengan jiran sebelah kalau ada. ini bagi mengurangkan pembaziran masa pergi bilik diorang semata mata tanya balik kampung bile. macam macam korang boleh buat sebenarnya. rujuk post Encik Petai untuk maklumat lanjut. mandi pun boleh buat aktiviti yang sama.


4. basuh baju.
- kalau yang basuh baju menggunakan kudrat tulang empat kerat mungkin takkan mengalami masalah ni kalau diorang taknak putus nafas. sebab kebanyakan penghuni asrama akan kumpul sebanyak mana yang boleh pakaian diorang lalu basuh dengan guna mesin basuh. time tu boleh 3 or 4 round jugaklah sekali basuh tapi untuk orang yang banyak baju serta pemalas nak mampos. kalau aku, basuh baju hari hari guna kudrat. rajin kan aku? okay tu tipu je, aku gune mesin tapi tak pernah banyak round. tak caye jugak? okay aku tipu lagi. paling banyak 2 round. hahaha


5. tugasan.
- tugasan ni memang mencabar. purata student stay up untuk menyiapkan assignment sebanyak 80% mengikut kajian pelajar psychiatrist yang mendapati sebanyak 30% daripada 80% student berkenaan hampir gila. oh maaf, tertinggal sedikit fakta. stay up itu adalah disebabkan lagi beberapa jam perlu menghantar tugasan berkenaan. ohhhh patutlah pun gile, sape suruh buat kerja gile. aku tak buat camtu pun (buat muka suci serta innocent).


okay dah, tu je untuk berita wilayah kali ini. kembali ke Sri Pentas.

student tengah tu hampir gila akibat
kejutan budaya di hostel


epin kate - tipu ah korang tak pernah mengalami ape yang aku listkan tu.

3 comments:

pinkguavalady said...

haha.part tandas tu betul weyh.
time nak cuci muka ke,memang senyumsennyum r.buatbuat tegur.hahahahaha.

PendekarPetai said...

perghhh.. ko promote blog aku... rase nak nanges sial.... lame dah aku tak nanges.....

Ariffin Janal said...

vdaa : hahaha kann??

petai : baik kan aku? hensem plak tu.