14 December 2010

Ketika Kebosanan








selamat tengah hari Kluang ! *wahh sangat excited ni sebab baru sampai*


alhamdulillah pagi tadi sampai Kluang Darul Sentosa lepas redah perjalanan 1 malam dari Kota Sintok. krem bontot aku duduk kat seat bas tu. lepas ni aku nak cadang syarikat buat bas pasang seat yang boleh tenggelam bontot bile duduk, paling empuk yang ada, barulah tak krem serta kekejangan aku bila turun bas. tak pasal pasal aku kena jumpe tukang urut sebab salah urat. urat yang salah, aku yang kena urut. wadefish.


dalam bas jangan ceritalah bosan die. tok nek angkat laki mak tiri punye bosan ahh (tahap bosan yang melampau sampai 3 keturunan). maka macam biasa aku buatlah aktiviti rutin aku dalam bas. so post kali ni aku nak bagi tips macam mane nak hiburkan diri korang yang bosan dan lara masa dalam bas.


time masuk bas tu, mesti ramai jugak yang baru masuk. korang ambik peluang tu dengan cuba tegur setiap orang yang sibuk sibuk cari seat. korang mesti taktau nama diorang kan? petik je nama sape sape, tapi bagi nama yang comel comel sikit. kalau pompuan, jangan guna Senah pulak walau betul korang hentam nama tu tapi gunalah Balqis. kot kot diorang boleh cair, senang kerja korang nak ngorat. kalau lelaki pulak, panggil Johnny Depp. konfem diorang belanja korang makan kat R&R kalau benti karang. jangan bantai nama Hitler, nanti korang pulak kena bayar ganti rugi belanja diorang.


selalu, driver bas akan pasang movie dalam bas untuk tatapan para penumpang yang dihormati (eh terskema la pulak). so korang boleh manfaatkan kebosanan korang sambil menonton dengan menghayati cite tu. kalau cite kelakar, bantai je gelak kuat kuat dalam bas. lepas tu rumuskan balik part kelakar tu sambil cerita kat orang sebelah untuk memantapkan serta membuktikan korang paham tengok cite tu. tak sia sia kan usaha driver bas?


movie tu biasanya pasang sejam pertama je sebab driver cuma ada 1 tayangan. tiket mahal (Changlun-Kluang RM65) tapi 1 movie je. so untuk tak sia siakan masa yang terbuang macam tu je serta menghilangkan rasa bosan korang, korang bolehlah karaoke sorang sorang dengan sepenuh penghayatan. pasang earphone kat telinga, volume sekuat boleh, seterusnya melalak macam korang sorang je dalam bas tu. korang akan dengar sayup sayup suara orang macam menjerit gak (style macam sedang memaki hamun), buat bodoh je sebab diorang pun berkaraoke tapi ikut stlye diorang. dan kalau ade orang tengok korang semacam (muka berkerut macam marah), maknanya diorang jealous sebab tak dapat join. hulur sebelah earphone tu kat orang berkenaan, pastu ajak diorang melalak sama.


korang boleh buat buat ramah dengan cuba untuk berbual dengan orang sebelah. tak kisah la korang duduk kat single ataupun double seat. orang depan belakang boleh jugak. topik perbualan bergantung pada teman seperbualan yang jadi mangsa korang tu. kalau makcik makcik, tanye diorang ade anak dara ke tak, kalau awek awek tanye diorang ade bf ke tak, kalau brader brader, tanye samada diorang ade adik pompuan ke tak. eh nape semua macam ade unsur unsur pengoratan kat sini? pelik.


takpon korang bolehlah tanya pasal matlamat hidup diorang. tanye visi, misi diorang pastu tercapai ke tak hasrat diorang tu. dah macam soalan exam usahawan daaa. kalau macam aku, selalu aku balik dengan member member U jugak so bolehlah aku ajukan topik yang berilmiah lagi berwawasan barulah pick up sikit akal diorang lepas dijana dengan soalan aku. bagus tak? kalau diorang buat buat tidur, berenti cakap kejap sambil tenung je muka diorang sampai diorang celik mata pastu sambung topik korang. amacam? okay?


kalau berbual kat phone, jangan cakap slow slow pulak. keadaan dalam bas masa tu mesti senyap sebab semua orang tidur lagi kan? so korang boleh lah berbual macam orang tengah buat announcement (bak kata Atiqah Hussin). cakap jenis sebatu boleh dengar. baru meriah keadaan dalam bas tu di samping untuk kejut si kaki tidur, takdelah sunyi sepi.


okay, tu je kot aktiviti yang korang boleh lakukan. ingat, korang mesti berani baru boleh jadi penghibur. kena berani terima kritikan juga baru boleh berjaya. sekian, salam 1Malaysia !



epin kate - bawak beg ibarat taknak balik Kota Sintok lagi.

9 comments:

fara said...

hah, tu la, dudok lagi jaoh2. tgk cm aku. rilek2 je balik uma nek bus loncat. ha3.

sitinurulaieen said...

terbaek lah...

setuju!!

sebab aku suka gelak kuat2 dalam bas..

pena kena sound,,diam 5 minit..pastu gelak lagik..haih!

aku akan praktikkan di masa depan yer..;)

Ariffin Janal said...

farah : sebuk. bkn aku nk pon jauh2. dah dapat takkan nk rejek plak. lalala~

ain : hahaha kann?

qila said...

hahaha. takleh tahan part bg sebelah earphone.terbaik punyer...

miss miera said...

dah polow awak .. :)

chittysarah said...

hhahah~~
law ku da tertido gamak nyer..
tapi bangun2 sakit2 badan..
hahahha

sengal~~

Ariffin Janal said...

qila : hahaha sharing is caring baru suwettt.

miss miera : thanks yous.

ct sarah : hahaha kdg2 tu kalo ngantok tahap kapal perang amerika, mmg tdow tak hengat~

.:padie_eyla:. said...

haha. memang bagus. orang macam aku yg tak pernah naek bas lame2 tak pernah lagi jumpe orang yg wat petua macam kooo. haha.
;p

Ariffin Janal said...

padie : tulah gunanya aku kan? hahaha