selamat malam readers.
post kali ni takde fiksyen fiksyen, takde auta auta, takde lawak lawak, senang kata semuanya fakta, kalau ade auta pun disebabkan hakcipta terpelihara.
post ni aku dapat tag dari Miss Affiza. sebenarnya dah lama tak buat tag tag bagai ni. kalau tak ye ye memang malas gile gaban ah nak buat. aritu time exam pun dapat tag tapi malas nak buat sebab malas nak mengadap belog.
so layan la sikit sikit pasal aku. kalau boleh part tarikh lahir tu bagi in dalam memori sikit, senang nak passing aku hadiah besday. heee.
Nama penuh:
Ahmad Ariffin Bin Janal
Tarikh Lahir:
March 25, 1989
Umur:
12 tahun la agaknye. baru darjah 6. *tak caye cari kalkulator, kira sendiri*
Married:
Ofkos la belum. but not available.
Zodiak:
Aries.
Saiz kaki:
purata saiz kasut yang boleh masuk dengan kaki aku 9 ataupun 10. besar? buat sepak orang. haha
Berat sekarang:
aku tak pasti. samada 68kg ataupun 70kg. nanti aku check balik.
Tinggi:
160cm ++. ni pun tak pasti, nanti aku check balik.
Nama panggilan:
Epin, Ariffin, abang, mat, budak hensem, budak taff, budak kacak, Johnny Depp. (banyak sangat orang panggil aku name artis tapi 1 je aku listkan)
Sekolah rendah:
SK Seri Intan Kluang 1996-2001
Sekolah menengah:
High School Kluang 2002-2006
Kolej/Universiti:
Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak 2007/2008
Universiti Utara Malaysia 2008-sekarang
Benda terakhir kau buat:
errr yang paling latest ke? makan.
Keadaan bilik:
kemas, rapi, tersusun, wangi, bersih.
Pernah couple berapa kali:
couple 5 kali, scandal 8 kali, syok sendiri 13 kali
Ambik gambar kau sekarang & upload (dont edit):
Nama awek/pakwe first kau:
Nurul Amirah Wahab
Nama awek/pakwe kau sekarang:
Nurul Amirah Wahab
Nama orang yang paling kau rindu sekarang:
Lisa Surihani. eh salah, Nurul Amirah wahab lah :)
Nama orang terakhir pernah kau kecewakan:
Scha Al-Yahya. sorry sayang, kita tidak dijodohkan bersama
Nama orang yang paling kau benci:
mak aku pesan tak baik benci benci walaupun ahli politik.
Nama binatang peliharaan kau:
takde binatang lah.
Pernah korek hidung:
ade soalan yang masuk akal sikit tak? sape tak pernah korek idung? bagitau aku cepat !
Pernah baca mesej pastu senyum/gelak sorang2:
pernah, selalunya time encik celcom bagitau kredit aku sudah habis.
Pernah gayut sampai tertido:
tak pernah, takut jatuh. yela, dah tau nk gayut lagi nk tidur kat atas tu, jatuh sia sia je.
Pernah kentut kat khalayak ramai:
selamba badak je kentut sambil senyum senyum badak.
Pernah tidur dalam kelas:
tidur sambil ngigau ngigau terajang orang sebelah. penuh penghayatan.
Pernah pukul orang:
pernah, aku time kecik dulu selalu ketuk adik aku. hahaha --"
Pernah tidur lebih dari 24 jam:
tak pernah, baru beberapa jam tidur sudah perlu bangun. untuk solat.
Pernah nangis depan awek/pakwe:
tak pernah. selalu jumpe ketawa je.
Pernah kena birthday prank:
tak pernah, aku seorang yang budiman (muntah darah japp)
Kena marah:
masa umur aku sehari, kena marah sebab nangis je. agaknye kot.
Duduk jauh dari family:
umur 6 tahun, pergi tadika takkan nak bawak mak abah. dah kire jauhlah tu.
Tengok wayang:
lepas SPM. sebab masa tu baru ada wayang kat Kluang ni.
Ponteng kelas:
ponteng ea? time sekolah dulu aku rajin ponteng. aktiviti ketika ponteng, main kompang. syok ooo, tak rasa bersalah langsung sebab cikgu backup.
Jatuh cinta:
fall in love eh? tak ingatlah brader.
Kena reject:
kena reject? macam ade, tapi tak ingat bile.
Accident:
lepas SPM ! balik kerja. eksiden sorang sorang. tak cool langsung.
- Amirah Wahab
- Ryeha Budak Larkin
- Myzatul Farahin
- Pendekar Petai (kau takjawab aku sula kau petai)
- Ain Azran
tambahan, sape yang bace post ni pun kena buat ! peduli ape aku !
epin kate - eh dah abes ke? baru nk jawab lagi~
12 comments:
hahaha. gedik kau nak jwb pjg berjela lg ea! :P
btw, thks. serba serbi dh tau ni. hahaha.
gila lawak, kool la ko nih. :)
haha..lawak2 ! :D
fiza : hahaha takley ke? excited !
farah : haha aku mmg cool~
nadzirah : takley lawak tak happening la kn~
macam best. nak buat, boleh?
little ain : silakan. digalakkan :)
wahai kalian, pakcik gumuk ni memang loyar ok. sila la layankan beliau macam ape yg aku hari hari buat. nasib baik aku tak dimasukkan ke hospital permai. aduyai..
iskkk sebok je bdk kecik ni~~
ho ho! kite sama umur!
asmaroro : yakah? hye org same umur ! :)
ceh~ darjah6 da masok U ek???
pandai btol ko...
asal aku baru tau?? hahaha
Post a Comment