01 January 2011

Lesen








greeting peeps !



Pejal merupakan seorang anak muda yang berkelana di Kuala Lumpur untuk mencari rezeki dan kehidupan. bukan tak ada rezeki untuk menampung hidupnya kat kampung tu tapi rezeki yang tak suka die. yelah, ketua kampung kat situ namanya Rezeki, owner satu satunya kilang sawit kat kampung tu. Si Pejal ni pulak pernah buat hal skodeng anak dia si Senah kat sungai. mana tak baran orang tua tu. diperambatnya dengan pisau lipat sampai KL. dasyat.


maka dah 5 tahun kerja kat KL tu, Pejal balik kampung sambil bawak kejayaan dengan kereta Perodua Alza SE White Pearl bertransmisi automatik secara hutang. konon konon nak tunjuk kat ketua kampung yang dia boleh diterima jadi menantu dan bukan jadi orang dikejar dengan pisau lipat.


kepulangannya diketahui orang lama yakni otai kampung tu. sape tak kenal Usup kat kawasan pekan koboi tu. Usup dah membesar kat kampung tu sejak lahir namun hidup sebatang kara sejak kematian ibu bapanya dan dia pulak tak berbini. maka, die berhajat untuk melawat Pejal malam tu.


"Assalamualaikum !", ujar Usup tiba tiba dengan tujuan memeranjatkan Pejal.


Pejal yang sedang mengelap kereta baru kesayangannya itu kaget dan hampir menjadikan kain buruk yang digunakan seperti roti canai. tapi dia dapat mengawal dengan jayanya walaupun jantungnya berdegup 100km sesaat. macam nak tercabut.


"Waalaikumussalam", jawabnya tenang. "ouh Usup, ingatkan manusia tak berakal mana tadi. kenape kau tak bagi salam kat telinga aku je, senang sikit aku mati", perli Pejal.


"eh kau ni, perli aku tak ingat aku ni sape. wahh cantik kereta, baru beli ke? banyak duit kau ek" tanye Usup penuh berminat.


"takdelah, adelah sikit buat beli kereta ni" santun Pejal penuh berhemah walaupun hakikatnya die terpaksa menahan gelojak nafsu untuk berlagak seperti orang sakit perut sembelit terpaksa menahan berak. begitu terseksa.


"kau nak try bawak ke Usup? aku dengar kau dah ada lesen" soal Pejal mempelawa.


"eh boleh jugak, jomla, aku pun baru je dapat lesen ni petang tadi" kata Usup. "eh camne kau tau aku ade lesen Jal?" sambung Usup penuh tanya.


"tu kat leher kau tergantung kertas 'AKU DAH DAPAT LESEN' sebesar alam, mane aku taktau. siap tampal lesen kau lagi tu. tapi lesennya lain macam je Usup..."


"eh dahla, jom kita try pandu (wah, pandu ea?) kereta kau ni", potong Usup bersungguh sungguh.


"tapi aku nervous la Jal. aku ni kate je dah ade lesen tapi nervous tak hilang", kata Usup.


"ahhh kau bawak je, aku percaya kat kau", kata Pejal pula.


"kau tolong ingatkan aku kalau aku salah tau", kata Usup lagi (eh berapa banyak kata daaaa). "tapi aku kureng la bawak kereta malam ni, tak pernah try la plak. selalu test kereta siang je bukan malam", sambungnya lagi.


"okay takde hal la. kau bawak je, aku tengok", support Pejal cuba menunjukkan keikhlasannya walaupun mengantuk yang maha dasyat umpama berkati kati beras seperti tersangkut di kelopak matanya.


"arghhhhh !!!" tiba tiba Usup menjerit. sekali lagi Pejal kaget sehingga terpelanting semua beras yang tersangkut di matanya keluar dari kereta. dia pun macam nak tercampak keluar sekali dari kereta cuba nak ambik kampit beras yang dah tercampak tapi tak dapat.


"kau kenapa hah gile?!", Pejal kelihatan bengang dengan kelakuan aneh Usup.


"takde, aku tak pasti nak belok kanan ke kiri".


"ape ke bengapnye kau ni, pegi jelah mane mane pon kau suke asalkan bukan terus, kalau tak terpaksa orang kampung mandikan kita esok".


"yelah aku belok kiri". dengan tenang Usup membelok ke kiri keluar ke jalan besar. lalu Pejal mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. iPhone 4G lalu diletakkan di dashboard seperti dihalakan ke depan.


"weh, serious ah. aku gune cahaya kat phone aku ni boleh nampak jalan tau. kau TAKPAYAH pasang lampu pun takpe", perli Pejal. pedas, sangat pedas.


"perghhh setepek kena kat dahi aku ! yelah aku terlupa nak pasang lampu. aku pasang ni, kau simpan jelah phone tu", muka Usup kemerahan diperli baikkkk punye oleh Pejal. kelihatan seperti pedih hatinya.


mereka pun round pekan sampai bosan. banyak jugak insiden kaget yang berlaku. kadar melatah Pejal yang sebelum ni tinggi tiba tiba hilang sebab dah penat sangat melatah. perubahan yang baik tu.





. . . . . . . . .





"Jal, thanks la bawak aku jalan jalan naik kereta baru kau ni. tapi nasib baik takde ape calar. akunervous gila tadi", Usup kelihatan begitu gembira. lebih gembira dari dapat mandi kat Pantai Lido.


"takde ape lah Usup, aku kan memang baik orangnya. lain kali nak bawak kereta aku, datang je rumah aku, aku bagi terus kereta aku ni kat kau", sindir Pejal lagi sekali.


"eh kau bawak kereta bahaya betul tadi la. kau amek lesen kat pusat memandu mane ha?"


"haritu aku masa aku lepak tepi jambatan, ade orang bagi aku 'lesen' ni la dengan kertas sekali. sebab tu aku ada lesen".


Pejal pelik.


"okaylah wey aku balik dulu. dah lewat ni, ape ntah cerita harimau aku kat rumah tu", Usup menjerit sambil berlari lari anak berlalu dari rumah Pejal.


Pejal bertambah pelik.


"aku rase semacam je tengok si Usup tu". Pejal memerhatikan Usup sambil mengerut dahi seperti terlupa sesuatu.



















. . . . . . . . . . . . . . .




















"DAMN !!!!!!", Pejal menepuk dahi.











"macam mane aku boleh lupa si Usup tu orang gila !". itulah kata terakhir Pejal sebelum dia ditemui pengsan.




epin kate - RTM dah tukar logo TV1. selamat tahun baru masihi.

12 comments:

little ain said...

HAHAHAHAHA bapak sengal sehh!

banyak gila penyedap kata metafora bagai. huhu

Ariffin Janal said...

hhahaha baru styleee

little ain said...

perasan.

ahaha.

cik aieen said...

ahahahahaha...

bagus...

memfollow rapat~~

eicahaha said...

byk gile ko mengarot...

Ariffin Janal said...

ain : hahaha susah ah wat cite ngarut --"

aicah : mane ade ngarot. hakikat ni :)

PendekarPetai said...

mengapakah name pejal yg ko pilih??? nak aku sunat ko lg skali ker?????

Ariffin Janal said...

aik? kau terasa ke Pejal? wawawa

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
nice sengal gila.keh keh

Ariffin Janal said...

brutal : hahaha sengal2 itu indah

Fatin Athirah Amani said...

okay. kau memang kreatip la mat. berjaye buat aku gelak sorang2.

Ariffin Janal said...

cerita original lg byk feel die. haha