04 January 2011

Sekolah








salam perpaduan dan salam 1Malaysia !



perghh semangat greetings padahal takde sape bace pon.


semalam dah sekolah. adik adik aku pergi sekolah. tapi aku? menjadi remaja yang ponteng sekolah. bukan sengaja ponteng, dah habis sekolah maka secara automatik aku terponteng secara halal. tapi bila teringat balik la kan, aku rindu zaman sekolah. SERIOUS !


aku ni dahla top student. yang paling digemari dan disegani setiap cikgu kat sekolah. sape tak suke aku? makcik kantin je tak suka aku sebab aku tak suka makan time rehat. dapat RMT pun aku tolak mentah mentah. makanan kat kantin tak best. tu yang makcik kantin dan konco konconya amat membenci aku sampai pernah ugut nak buat page 'KAMI BENCI EPIN JENAL' kat maispes (dulu gejala FB takde lagi) tapi tak berjaya atas halangan pak guard. pak guard ugut taknak bayar hutang dia kat kantin. hutang die ade la sepapan buku tiga lima.


lepas tu kan, aku ni atlit jugak. renang berirama. perghhh wa cakap lu, dulu badan aku ketak ketak. setiap inci badan bukan lemak, tapi otot sasa. cairrrr ! tapi sekarang aku malas nak join mainstream ni, nanti masuk paper. dah macam artis. aku bukan jual body, padahal aku jual bakat. jiwa aku underground beb ! jangan main main. tu yang masuk U taknak kecoh aku atlit renang berirama popular kat MSSM, malas kontroversi. silap silap Azwan Ismail approach aku. tak kuasa mak nokkkk. saya TAK gay, saya SANGAT okay.


aku top student sebab ape? sebab aku ni kaki ponteng kelas. bukan kaki hafal sejarah parti politik zaman Tanah Melayu. budak mana paham parti politik bagai ni, meh cerita kat aku. lepak pampus (nama glemer lombong zaman sekolah rendah) mandi mandi situ. tu yang aku reti berenang sambil senyum. dah training sendiri. so tanpa ragu ragu aku dipilih wakil sekolah main acara ni sampai peringkat MSSM.


gengster? bukan aku lah kalau budak junior tak gerun aku. aku paksa diorang sebut nama aku sampai nama moyang aku (walaupun aku tak tau ape name moyang aku). setiap kali nak jumpa aku kena sebut nama aku dulu baru bercakap. otai kan? kental beb. tapi aku otai underground. takley bagi cikgu disiplin tau. takley bagi pengetua tau. nanti dah jadi mainstream, tak indie la.


tapi semuanya dah lepas. zaman sekolah cuma sejarah. lebih tebal dari buku rujukan sejarah SPM. malah lebih tebal dari yellow pages. sejarah aku takde dalam list Skim Pinjaman Buku Teks. Dewan Bahasa pun taknak terbit cerita pasal aku sebab terlalu hardcore dan boleh mendatangkan Gejala Epin Jenal kat sekolah. tapi gejala aku takdelah sampai jadi penyumbang video 3gp paling hit kat internet. tak jugak jadi penyumbang statistik buang anak. statistik rempit langgar polis jauh sekali. nakal nakal buah je.


sekarang aku dah masuk U tapi teringin nak balik ke zaman sekolah. bukan sebab menyesal belajar tak pandai tapi menyesal tak usha awek yang aku minat dulu. damn.



epin kate - rindu nak kena marah mak suruh tidur awal sebab esok nak sekolah --"


11 comments:

little ain said...

hahahahahahahaha

hadoiiilaa. sengal sehh!

badan ketak ketak otot dulu lahh.

sekarang apa ado? lemak je. miahaha

Ariffin Janal said...

sekarang? otot ketak2 lg la. ingat ape? grrr

little ain said...

elehhh.

haha! sengal seh.

tau yang org tak smoke ni selalu buncit. betol, tak tipu :D

Ariffin Janal said...

woiiii ! elok sikit ayat. grrr

Cik Peanut said...

perh.kolah mamat badan macam katak tu.ops.typo.ketak2 tu?

LiLohOnEy said...

bila da naik bas nak ke uum,

ak pnh ckp kat mak aku,

nt blik sana dh xde sapa nak bebel lg, msti nt rndu suara umi bebel.

T____________T

Ariffin Janal said...

shafira : hahaha aku lah si ketak2 tu


lilihoney : hahaha kat uum tade sape nk mrh kn?

sumaiyah mokhtar said...

ridu nk dtg skolah cepat2 sebab homework tk siap. HAHA

Fatin Athirah Amani said...

hahahahaa. renang berirama? irama ape? Irama malaysia?? hahaha

Ariffin Janal said...

aina : tau takpe ! mangsa mmg dah dikenalpasti.

fatin : salah. rnb !

LiLohOnEy said...

haah, suma suka ati kte sniri.

tu yg kdg2 jd rindu jek manjang.

sigh.

oh btw, my name is lilohoney. not lilihoney, okay :p