salam sejahtera.
...sambungan entry Linglung.
dalam masa seminggu, gua cuba untuk merasuah Zurina dengan pelbagai cara. ajak makan, ajak dating, ajak tengok wayang, cuma tak ajak pergi jamban sebab jamban pejabat gua bukan unisex. kadang-kadang gua terpaksa memahami Zurina dengan join group dia mengumpat. gua terpaksa berlakon jadi minaci kepoh walhal gua tak reti sebenarnya. tapi demi mengambil hati, demi Zurina yg gua sayang, gua sanggup !
Zurina yang pada mulanya kekok dengan perlakuan gua dapat menerima sedikit demi sedikit.
"mungkin hatinya telah terbuka untuk gua", gua berkata sendiri. yakin. gembira dengan penerimaan Zurina.
setelah cukup seminggu, gua cuba untuk berbuat cool padahal hati macam nak luruh untuk dengar jawapan dari mulut Zurina. tak kisahlah positif ataupun negatif. janji ianya adalah JAWAPAN. gua taknak kejar Zurina untuk semata-mata bertanya apa keputusan dia. biarlah dia dengan rela hati bagitahu gua.
tapi gua kecewa pada hari pertama selepas cukup seminggu. okay takpe. gua bertahan. mungkin die perlukan sehari lagi untuk menilai gua, untuk kuatkan semangat bagi jawapan kat gua.
hari kedua selepas seminggu, Zurina tetap begitu. takda tanda-tanda nak bagi jawapan. jeling pun tak. padahal gua hampir setiap jam lalu depan meja dia kat penjuru ofis. nak kata pergi toilet, tak. nak kata pergi bancuh air oren, tak. nak kata jumpa bos, pun tak. gua lalu semata-mata nak tunjuk kehadiran gua dan ketaksabaran gua tunggu jawapan dari dia.
hari ketiga, empat, lima, enam. cukup genap 2 minggu dari tarikh asal perjanjian. gua buntu. takda jawapan langsung. malah, takde tunjukkan tanda waimah kenyit mata. gua rasa tercabar. ego gua dah lama gua humban masuk toilet bersama sisa kumbahan. mungkin ego gua tu dah kena proses kat Indah Water.
gua tegar, gua nak tanya face-to-face dekat Zurina tentang keputusan perasaan dia terhadap gua. gua dah hampir nak makan hati gua sendiri.
"Zu, ermmm I sebenarnya nak tanya pasal jawapan you haritu. dah cukup 2 minggu ni tapi you diam je takda respon", tanya gua berani tak berani. takut dikatakan tak sabar. tapi memang gua tak sabar. hal perasaan tak boleh buat main macam konda kondi.
"jawapan ape ek? I lupe la".
ah sudah minah ni memang cuba nak cabar gua.
"soalan I pasal you kena bagi I kasih sayang haritu", gua macam tak yakin dengan ape yang gua kata. tapi bedal jelah.
"ohhhh pasal tu ke? ermmm you nak tau ke?", tanyanya manja. alahai, gua yang rokers ni macam nak gelek dangdut kat situ jugak, cair punya fasal.
"mestilah. apa jawapan you? boleh tak bagi I kasih sayang you?", gua menjadi gentelmen dengan buat muka separa macho takut dia terus cair. mudah sangat pun tak guna jugak, tak mencabar.
"ermmm, boleh tak bagi I seminggu lagi. I tak nilai you lagi pun....", belum sempat Zurina habiskan ayat, gua terus sambar tong sampah kat tepi meja Zurina dan letak kat kepala dan terus berlari mengelilingi Hospital Permai. gua tinggalkan dia sorang-sorang kat wad. malas gua layan orang gila.
7 comments:
stail pnye smbungn.
haha. :D
due2 gilew.
kahkahkah! ending mantap derr, gua tak bajet..hahaha
er...apakah ini bermakna linglung dan zurina sbnrnya pesakit jiwa?
lol
ATAU LINGLUNG DOKTER JIWA?? ALALAA...TECIANNYERR
fyda : hahaha itulah. kesian.
linglung : haha surpriseee !
eiffel : ye, mungkin.
catherine : mungkin juga.
ni cerita sebenar atau karut? wawawa.
farah : terpulang. haha
Post a Comment