29 January 2011

Kaedah








selamat malam.


sebelum ni aku pernah cerita pasal kehidupan berasrama ni. post yang mane pun aku dah tak ingat lah. korang cariklah sendiri kalau nak tau.


so kali ni aku nak cakap pasal benda yang tak boleh korang buat kat asrama sekolah tapi ramai yang buat buat boleh. buat buat boleh tu macam mane? itu jenis yang tegar dan kental langgar peraturan la maknanya.


tapi aku nak lebih spesifik sikit. aku nak cakap pasal peliharaan binatang kat bilik. kebanyakan asrama mane la bagi budak budak bela binatang kat bilik hostel kan. so pada pencinta binatang yang agak degil dan tak boleh berenggang dengan 'adik angkat' die, ade la buat benda tak masuk akal dengan harapan dapat tatap binatang diorang tu. kalau tak dapat bau kentut binatang diorang sekalipun, tak boleh tidur dibuatnye.


kalau yang bela hamster, tak boleh nak letak dalam sangkar. nanti ade spotcheck dengan warden sia sia je kantoi kena gulai hamster tu. gulai asam pedas pulak tu. pastu punye panjang akal, korang bela la hamster tu dalam laci locker. seluar kecik yang patut letak kat laci tu campak je letak kat locker member semata mata untuk tikus makmal tu.


kalau yang jenis bela ikan pulak lagi comel. nak letak akuarium kat bilik mesti kantoi. tak sempat kantoi dengan warden dah kantoi dengan member. beli masa outing pukul 5, pukul 7 tibe tibe member cakap thanks for the fish, sedap! wadefish! jadi lauk jugak? damn. so nak elak kantoi senang je. bela kat toilet. bukan kat lubang jamban tu, gile tak senonoh bagi ikan tu bersahabat dengan tahi. bela la kat dalam flusher, kan sweet je. pastu pastikan flusher tu sentiasa bertutup untuk elak kantoi. tapi jangan la tulis kat flush tu 'tiada ikan dalam ni', konfem kantoi. lagipun korang tak banyak kerja tukar air ikan tu, sentiasa bertukar baru. fresh gitu.


kalau taknak diketahui ramai, bela binatang yang sukar dikesan member member. contohnya cicak. sape lah member korang yang bertuah gile boleh detect korang bela cicak. mesti tak kan? take note ye, cicak biasa bukan tokek. sekarang ni ramai yang kenal bentuk tokek, silap silap korang dah boleh ready poster kehilangan tokek. tapi cicak tu pulak korang kena ajar jangan mencapap sangat kalau taknak kena makan dengan getah. getah pantang dengan cicak bajet star ni, mau kena perambat je.


ade lagi. korang boleh jugak bela chameleon. tak susah sangat nak jaga. sebab binatang ni pandai main 'sorok sorok terbuka'. korang nak peluk buat tidur pon takde sape tau. tapi kalau korang ade habit cakap dengan binatang kesayangan korang, aku harap korang berenti la. dibuatnya kantoi karang susah. bukan kantoi bela binatang, kantoi korang gila cakap sorang sorang. silap silap kena pindah asrama, masuk asrama penuh sepanjang hayat disebabkan habit korang tu. asrama kat tanjung. buat naya je.


itu jela kot binatang yang aku tau yang korang boleh bela. kalau korang ade idea. letak la kat komen. boleh aku tambah kendian hari.




epin kate - bela 'ular' sekor cukuplah.

25 comments:

cik aieen said...

heh!

aku dok histel bela gimau kot..

cara doh!!

gimau = warden aku...

sekali ngaum je..getaq lutut kot~

Ariffin Janal said...

hahahah tu bukan bela. tu belaan!

Myzatul FarahinSatimin said...

ak nk bela arnab dlm bilik..tp kompem busuk ek..sigh

little ain said...

kitorang penah bela kura kura. name die scooter. heeee :D

Ariffin Janal said...

my : takyah la mai. haha

ain : scooter? teknik penyamaran tu. hahaha

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

waktu duduk sekolah asrama penuh dlu tak pernah pulak dgr yg boleh bela binatang pelharaan. hehe:D

Ariffin Janal said...

fifiey : haha kann? sape ade mmg terer la~

Along Usop said...

aku dulu ade gak bele kucen, arnab, itik.. ayam.. hahhaha..

=P

Firdaus Alim said...

Xker kesian ikan 2 diletaknya dalam flusher

Ariffin Janal said...

along : aik? byk gile. bukak ladang ke? haha

daus : itu skill namenye.haha

sumaiyah mokhtar said...

kau bela hamster bole, HAHA

Ariffin Janal said...

aina : itu cadangan ke hape? taknak ah aku.

MAPPIAU said...

huh naseb baeklah akak time duduk asmara eh asrama dulu tak minat binatang hikhikhik. diri sendiri pun tak terjage ni kan nak jage binatang? ohhh tidakssss hahahhaa

Ariffin Janal said...

hahahaha jaga binatang lebih dari jaga diri sendiri. tu yg mls.

sumaiyah mokhtar said...

abis tu yang dalam belog ni kenapa? HAHA

Ariffin Janal said...

ni dalam belog ! diulang, dalam belog!! ahahaha

NUR AMALIANA said...

hahahaha..mls nk bela2 binatang ni..diri sendiri pun x terjage

Ariffin Janal said...

amaliana : so blaja jage diri sendiri

pinkaholic miera said...

'ular'? Kau memang TAK SENONOH.

Ariffin Janal said...

ape yg tak senonoh? lalala~

►AdamXis◄ said...

As salam...dr shbt blogger...kaedah ape?hu3...

Entry terbaru ►Sukan : Chong Wei vs Lin Dan (Terbuka Korea )

PendekarPetai said...

dulu aku bela tenuk kat asrama.. suke gigit spender aku.. abeh sume koyak.....

Ariffin Janal said...

adam : kaedah ape?

petai : kau mmg pelik2. aku tau

cik sakdi said...

kalau kat univercty xpe kot.. xade pon law n regulation ckp "dilarang memelihara haiwan dalam kaw asrama"

Ariffin Janal said...

cik sakdi : ohh yeke? bolehla bela kangaroo kat bilik.