03 June 2011

Invitation








aku tengok, kat Facebook macam macam jenis jemputan aku dapat. tunang, kahwin, besday party, party sempena habis exam, bla bla bla. upload kad jemputan kahwin, tag semua orang. mudah, ringkas, berkesan.


ade guna jugak rupanya laman sosial si Zukerberg ni. patutlah tak kisah kena saman si kembar Winklevoss berapa juta pun.


aku rasa fenomena macam ni seiring dengan peredaran zaman walaupun nampak tak classic main hantar kad ataupun talipon para jemputan. ade yang mungkin menerima, ade yang mungkin tak menerima. tapi bagi aku, okay je. selagi dijemput orang yang dikenali seperti contoh member jauh, takde masalah. kita bukan komputer nak ingat mintak alamat, mintak nombor talipon setiap orang yang kita kenal. bukan kita tahu ataupun terfikir lagi lagi zaman belajar. yang kita tau, add friend kat Facebook.


selagi niat ikhlas jemput member, dah cukup. zaman sekarang seorang manusia bukan berkawan sikit. lagi lagi jenis yang merantau jauh, kerja dan belajar. dah tentu ramai. dan takkanlah nak ikut tuntutan orang lama hantar kad pada setiap orang berkenaan. mahu bocor poket seluar tahu! tapi kalau ada yang request untuk kad, apa salahnya bagi kan? bukan semua.


kalau ditakdirkan aku kahwin nanti, itupun kalau umur panjang dan ade jodoh, aku mungkin terpaksa buat macam tu jugak. niat di hati taknak tapi sebab nak jaga hati semua orang. bukan aku ingat pun nak jemput siapa. kalau tak dibuat macam tu alih alih nanti ada yang kecil hati dengan aku. kalau boleh dielak, aku elak.


tapi, bila pulak turn aku? hurmmmm.



epin jenal - kena berterima kasih kat Zukerberg untuk fenomena yang dia cipta.

4 comments:

Anonymous said...

sabar ye...ahakss

shamyheart said...

kite igt nk tag dlm fb jer. jimat. haha~

tak de la, pada kwn2 yg jauh la..

pd yg dekat tu, kite kirim la kad.

little ain said...

seorang ain tahun depan ;p

cik fikaa said...

tagg dekat fb jimat ..
cepat .. dan mudah ..

jadi takdela kawan2 yang tercicir yang kite tak jemput ..
dlm mse sama bole edarkan kad kawin ..