21 August 2011

Ramadhan

gua balik kelas dengan keadaan gopoh. waktu hampir ke petang tapi masih tidak logik untuk membeli juadah berbuka. masih awal. itu masa jugaklah ade meeting group assignment. ikutkan hati gua malas nak pergi tapi markah penglibatan punya pasal. aku taknak meringkuk kat hutan lama-lama ulang benda yang sama.


balik bilik, roomate gua takde. ke kelas barangkali. gua siap-siap gerak ke tempat meeting. berjalan kaki ke Mall petang terik matahari walaupun berkilometer jauh dari bumi terasa menggelegak jugak la otak gua. tapi gua gagahkan jugak. sambil usha-usha kot ade awek perati gua jalan, boleh jugak gua mengayat sepam dua.


pung pang pung pang habis meeting pukul 6 lebih jugaklah. itu jam kalau lengah lagi beli juadah buka, boleh jadi gua terpaksa teguk air mineral je untuk berbuka pasal semua makanan dah habis. syahdu gila. gua text roomate gua untuk bertanya lokasi dan perihal juadah berbuka, dah dibeli ke belum. sambil berjalan kaki balik ke bilik yang kemain jauh.


sampai bilik, roomate gua takde. ah sudah mana mamat ni, dah nak pukul 7 tapi tak muncul lagi. gua tak sempat tunggu, dia muncul kat depan pintu sambil bawak juadah berbuka. memang sah mamat ni tak baca mesej gua. nasib baik waktu buka dah nak masuk, kalau tak gua kekah dia hidup-hidup itu jam jugak.


tanpa berfikir, gua pinjam motor member gua untuk ke cafe sambil kelam kabut. dalam hati masih meninggi harapan supaya masih berbaki makanan ditinggalkan untuk gua kat cafe walaupun harapan hanya tinggal harapan. dari bilik sampai ke motor gua gelabah tak tentu hala. naik motor pun sama. nak cepat aje.


keluar simpang kolej, gua tengok kiri kanan takde kenderaan. cun. dengan konfiden gua lap sesedap rasa keluar ke jalan utama.



ssssrrreeeeeeeeeetttttttttttttttttttt!!!!!!



tak sampai 2 saat, situasi gua tadi yang kat atas motor dah tukar jadi kat atas rumput.


musibat betul, waktu nak cepat la boleh nak jadi stuntman bawak motor. ade abam askar berhenti tanya gua okay ke tak. dengan buat muka rileks sambil angkat motor balik dan senyum nipis gua angguk dan sambung perjalanan gua ke cafe.


nasib baik takde awek usha. jatuh kemaluan gua.


gua, AJ.

7 comments:

little ain said...

HAHAHAHA. itulah, tak menyempat sape suruh!

ni cite pose tahun bila ni?

sitinuraffizza said...

mst tyme thn 1 ni kan. sbb stil pnjm motor mmbr. kl x, mst kau bwk jijah kau. hahah

Ariffin Janal said...

ain : rahsia.

fiza : hahaha indeed!

Chenal said...

HAti2 merempit..

♥ p a a n i ♥ said...

haha..laen kali jalan kaki je :D

Ariffin Janal said...

chenal : hahaha kate rempit. mane ley hati2

paani : ape barang. tak rempit laaa

pinkaholic miera said...

kalau gua jd abam askar tu. serius gua dah gelak guling2 sampai terkencing dlm selua dulu baru gua tanye lu ok ke tak. haha :D