23 June 2011

Sperma Cinta









gua bangun agak lewat harini. pukul 2 petang. tak pernah dibuat gua duduk rumah ni bangun lewat. tapi sebab gua dah bangun pagi hantar adik adik pergi sekolah dan sambung tidur, mak gua bagi kebenaran bangun lambat.


"nah ni, tadi Alya sibuk buat main. koyak pulak karang", mak gua menghulurkan bungkusan coklat kepada gua. gua yang mamai baru bangun tidur berfikir sekejap berteka teki ape benda dalam bungkusan.


gua senyum nipis setelah dapat meneka apabila melihat keratan resit Pos Laju.


"apa tu?", mak gua cuba nak mendapatkan kepastian tentang bungkusan berkenaan.


"buku, beli online", jawab gua simple. buah tangan AkuLinglung. buku indie, Sperma Cinta.


itu jam gua mandi mandi dan siap pergi ambik adik dari sekolah. hati debor tak sabar nak bace buku tu. buku RM18 bermuka surat 100 lebih setia menanti gua kat rumah. bukan senang gua nak dapat Rm18 masa gua tengah menganggur cuti ni.


gua koyak kemas sampul bungkusan. gua simpan, kenangan beb. gua selak selak buku tu, nipis tapi banyak huruf. bukan senang gua nak membaca. buku buku indie je menarik perhatian gua. sebelum Sperma Cinta, gua pernah baca buku indie Karipap-Karipap Cinta. gua harap buku ni tak mendukacitakan. gua belek sampai belakang, ade sain pengarang. siap dedicate untuk gua lagi. masa tu empangan air mata gua yang kukuh macam konkrit macam nak pecah, jantan gua melayang, ego gua cair. terharu punya pasal.


buku ni membuatkan aktiviti harian gua terbatas. tengah makan gua baca, tengah online gua baca, tengah tengok tv gua baca, tengah main (baca:melayan) dengan Alya Maisarah gua baca, apetah lagi tengah duduk saje saje konfemlah gua bace. senang kata gua taknak terlepas setiap muka surat, nak kelepet sayang maka gua baca sampai tak reti penat. dari kisah pergi tadika membawak ke fly kawad sampai ke kena pukau semua gua berdekah. adik adik gua pelik tengok gua.


petang sikit, adik gua yang kecik ajak pergi kedai nak beli barang. ahhh potong! gua tunggu dia kat motor sambil baca. ape benda ntah yang dicarinya, gua tak peduli. yang penting gua nak habiskan baca harini jugak.


adik gua bonceng belakang gua.


1 saat. 2 saat. 3 saat.


"sudahlah tu baca. kot yer pun nak tanamkan budaya membaca takkan naik motor pun nak baca buku", adik gua sound sambil terkekek ketawa. tepat kena gua. macam jatuh tersungkur sagat hidung kat jalan. musibat betul, gua baru nak feeling ketawa.


gua dah khatam, anda bila lagi? terima kasih abam linglung.



epin jenal #1 - Sperma Cinta punya pasal, gaya entry gua dah macam abam linglung. memang terbaik penangan buku ni. gua bagi 4 bintang dari 5.

epin jenal #2 - nak beli buku ni? klik pancutan sperma.

13 comments:

Miscellaneous Smiles said...

wahhh suka bc novel uhh~

Ariffin Janal said...

MS : tak suka sangat pun sebenarnya

MDS said...

tengoklah nanti....

Gadis said...

weyh, ape sinopsis dia? cite skit... kalu best aku beli...

Linglung said...

thanks derr! ingat pesan aku, 'lejen'.

pasal buku ni ramai benar orang panggil novel. aku pun tak gemor sangat baca novel.

blook = blog book.


terima kasih daun ketum!

Ariffin Janal said...

MDS : kehkehkeh

lut : takde spesifikasi. blook pasal cerita pendek yg ade pd blog pengarang.

linglung : mmg lejen buku ni. blook lagi best dr novel.

farahpaen said...

macam best macam best.

Ariffin Janal said...

farahpaen : haaa marilah beli!

sumaiyah mokhtar said...

masukkan gambar alya banyak2 la ipin, HAHA

Ariffin Janal said...

hahaha ni apasal mintak aku masukkan gambar alya?

cerita atiqah amran said...

eh best ke??

Nizam Ijam said...

haha... tajuk buku pon dah lain macam..haha

Dorky Guy said...

stim tak weh?