11 February 2010

Lone Ranger


tatkala meniti hari terakhir separuh daripada semester, semua balik macam belangkas, berbeg2 yg saiznya macam nak pergi bercuti, tak kira masa, dan aku masih selamber tengok mereka. gile kentang ! selalu aku yang cabut dulu, ni macam takde perasaan nak balik jekk. semuanya kerna terpaksa. untuk grad ko-k. sabar epinnn. time cuti ni la merasa tak balik, memang takde perasaan nak balik pon ni, balik for what? lagi best g camping untuk cuti panjang yang cuma sekali semester ni (sila baca dari pembacaan berbeza). haha. sial.

cool je. sedangkan hati memberontak. semua melambai ke arah aku, aku pon senyum dengan kadar minimum ataupun dalam bahasa kamus senyum terpaksa. aishhhh, dugaan berat aku semester ni. dhla kerja menimbun, takley balik, ni je cuti yang ade, bla bla bla. wei ! tunggu la aku ! aku nak balik jugak ! sampai hati korang. post ni maybe yang last untuk minggu ni sbb pasni takley atas talian. stop blogging, stop facebooking. dalam hutan takde mase nak duniawi semua ni. akan bersambung selepas seminggu, so jangan marah kalo aku takde post baru untuk tempoh 7 hari dari esok. aku akan terkenang keprihatinan korang tu.

mogok ! malas pergi camping ! haha. terlambat sudah, kena pergi jugak. rindu mak abah, adik2, chenta. untuk member2 kluang, sori de aku tak dapat balik nak meronggeng kat court futsal macam biasa. tak dapat ngeteh kat port biasa. member2 kolej aku, doakan kejayaan aku di camping site. buat solat hajat sekali. bagi yang nak join, rujuk pada si conan sebab die pengarah projek solat hajat kejayaan aku. haha. blur weyyy ! otak dh tepu ni. cepatlah berlalu wahai seminggu. kluang, sorry cant visit you. gunung jerai ! here i come !

-epin-