souvernir dari batu pantai. cool~
sehari lepas program Skor A kat sekolah tu, aku teruskan aktiviti cuti aku kat Tanjung Leman | Mersing. dah lama tak pekena mandi laut. dapat sedas memang sejuk sampai kepala ! lepak kat sane satu malam je. tapi berbaloi gak. dapat rehat - rehat. pastu pergi time takde orang kan, yela Khamis malam Jumaat jarang - jarang orang pergi berkelah kalau tak weekend. so pantai tu aku yang punya lah kan. 2 , 3 jam berendam. nasiblah warna badan jadi ape. hunny, awak jangan terkejut taw jumpe orang nanti macam pak somalia. hahaha.
aku ajak budak - budak kaki jamming kuar jamm esok. tapi taktau camne. dah lame tak gentel set - set kat pusat jamm. gatal tangan dah ni. *wah2 kau epin. gaji dah masuk tak hengat punye kan? terus nak buang !* eh senyap - senyap je ye wahai pembaca belog kesayangan aku semua. buat - buat lupa gaji aku dah masuk okay?
result dah masuk ! *eh masuk ke keluar?* tapi tapi tapi tapi tapi aku taknak tengok. takut jadi macam semester - semester lepas. dengan yakin tengok ! sekali datang, hah amek kau ! lingkup ! tapi kali ni aku kental sikit sebab takley tengok result. kenape? sebab aku tak bayar yuran bas ! yeay ! bagus kan aku? yelahhhhh buat apa nak bayar perkhidmatan yang kita langsung tak usik. is that fair for us who does not use the bus services? no right? so dengan tu aku hanya redha untuk tengok semester depan. aku berharap sangat PMS aku semester 4 haritu dapat 3 above. sangat berharap. untuk menaikkan PMK aku. dan aku juga ada berniat baik jika mendapat 3 above. tapi tapi tapi tapi adakah dapat? doakan aku ! walaupun result dah ada, tapi aku mengharapkan keajaiban. please god :)
p/s : i) ahad nak dating ! yeay ! date with hunny and hanging out together with matriks friends. miss them ! :)
ii) dah lama kan aku tak post beserta dengan gambar? sorry der. wa takde mood la nak snap gambar time cuti ni, heeeee ;)
- epin -
No comments:
Post a Comment