08 July 2010

La Viva Espana !


goal? oh shit ! *demikian antara kate - kate penyokong Germany*


Sepanyol melawan Belanda ! yaaaaaaaaa itu dia yang aku tunggu. even tak ramai tunggu tapi aku tetap tunggu. sebab team favorite aku pegi final ! final wehhhh ! bukan pusingan kedua je, bukan suku je, bukan semi je. tapi final ! hahahaha. aku nak gelak tapi tak sampai hati. senyum jelahhhh :)

malam tadi aku tak dapat tengok match Spain Germany, rugi seyhhhh tak dapat tengok kemenangan Spain. aku nak tengok Charles Puyol golkannnn !!! urghhhhh !! okay aku ceritakan sikit perjalanan Germany dengan Spain sampai semi malam tadi.

Spain. mula - mula masuk pusingan akhir dalam group, Spain dikejutkan dengan kekalahan mengejut ditangan Switzerland. weyyyy tu carik pasal namenye. awal - awal dah kalah, memang cuak wa mase tu. tapi Spain bangkit dengan menang 2 baki perlawanan iaitu menentang Honduras dengan Chile. nasib baik layak, perghhhhh debar aku. lepastu jumpe Portugal dalam pusingan kedua dan menang tipis 1-0. layak ke quarter-final dengan menentang Paraguay. juga menang untuk melayakkan mereka ke semi-final bagi bertemu Germany.

Germany. Germany bermula garang dengan membelasah Australia dengan 4-0 pada perlawanan pembukaan kumpulan D. tapi mase lawan Serbia, mereka kalah mengejut. team Serbia bukanlah team kuat, underdog je tapi boleh kalah. nak wat camne kan? diorang terpengaruh dengan ramalan si Paul sotong. haha. pastu diorang menang perlawanan last dalam kumpulan iaitu menentang Ghana. pusingan kedua diorang gah tumbangkan England, pastu kalahkan Argentina plak. boleh dianggap team ni kuat jugaklah sebab menang besar bile lawan team pilihan.

Paul yang bagus ! die ni pandai la pancing German suh g semi lawan Spain.
rupenye nak bia Spain menang, bukanla die betul - betul sokong German rupanya.


tapi Spain bukan budak - budak hingusan, bukan underdog, bukan ayam - ayam diorang bley kalahkan. langkah mayat Casillas dulu beb ! kali ni mungkin diorang terpengaruh dengan Paul lagi agaknye. haha. kalau Spain menang ke atas Germany, maknanya England, Argentina takdelah kuat mane nak lawan Spain, ye tak?? hahaha. Germany pon ayam -ayam, lagikan Argentina dengan England. byebye bebeh !

Germany, sila cuba lagi masa piala eropah nanti ye? takpon tunggu World Cup akan datang kat Brazil plak. mungkinkah badi Germany kalah dengan Spain berulang lagi? tunggu.



epin kate - nak senyum lebar - lebar lagi bley takk? annoying tak? heheeeeee :D

2 comments:

satayhangus said...

uit..spain menang ngn paraguay la..ishh..

Anonymous said...

hahaha opppsss maaf