20 September 2010

Kepuasan Maksimum Ketika Tidur

lama tak menatap E-Diary aku ni. maklumlah sejak sejak raya ni, banyak aktiviti. hampir hampir sombong kat blog sendiri. tapi nasib baik aku ni seorang yang berhati mulia lalu tak jadi sombong kat blog aku ni. blog, selamat hari raya maaf zahir batin.

jumaat lepas, macam biasa aku dah kena perambat balik ke university kesayanganku (nama terpaksa dirahsiakan). bak kata mak aku, "dah dah la tu cuti. bawak bawak la belajar sikit. dahla balik rumah tak reti nak study, bawak buku jauh sekali". aku macam biasa buat buat muka comel untuk melembutkan hatinya. selalunya berjaya !

on the way balik tu seperti yang dijanjijan, aku bukan lagi second driver tetapi third driver. so aku boleh duduk rilek rilek kat belakang sambil tidur terkangkang or terbongkang. walaupun aku ni seorang yang sangat tegar untuk tidak tidur ketika memandu tapi kalau jadi penumpang belakang, lain jadinya. aku mudah untuk mamai lalu tertidur walaupun ketika itu baru sampai Ayer Hitam.

tapi semasa malam kejadian, aku tahan untuk tidak tidur dan berborak kosong dengan car-mate aku untuk menceriakan suasana di samping elak driver tidur lalu kitorang jadi mangsa statistik kemalangan Ops Sikap 22. sampai Tangkak, cool. sampai Ayer Keroh, maintain. masuk Negeri Sembilan, hampir mengalah. sampai Seremban, kembali bertenaga sebab lepas lepak R&R. sampai KL macam nak mengalah balik. masuk je Perak, padam !

member aku awal awal lagi pesan, kalau ngantuk tidur je sebab nanti aku kena drive gak. aku nak jaga hati punya pasal tahan mata dari tidur tapi last last tewas oleh mata sendiri. hampeh punya mata mata, mudah je perangkap aku. terbantut niat jangka panjang nak teman driver sampai Sintok.

aku lelap kat mane ntah, sedar sedar je dah sampai nak abes Perak. letih gile kot sebab petang tak tidur. menggatal buat ntah hape hape sape suruh. bangun tu lega gile, macam beban paling berat dah takde. aku ganti jadi teman berbual driver sebab member aku sorang ni dah padam, ganti aku. heh. semua tak tahan ngantuk. sawet betul.

pastu member driver bagitau aku tidur punyelah sedappppp sampai macam macam bunyi ade. what the fishhhermannnns friend ! aku tidur berbunyi? or in scientific term is dengkuran ajaib. tak pernah aku tidur camtu sebab selama ni aku tidur sangat bergaya, kalah gaya model hot antarabangsa.

mungkin disebabkan kepenatan maksima ditambah tugas sebagai penumpang belakang, aku tidur tak hengat punye. heh. patutlah rasa lega je bangun tidur. segala bebanan dah dilepaskan bersama dengkuran berkenaan.

untuk memperoleh hasil yang memuaskan selepas tidur, hendaklah tarik nafas dalam dalam, tahan dan lepaskan tanpa paksaan. hasilnya kaw kaw ! aku belajar masa dalam mimpi, tu yang tau. aku rasa tidur kejap je tapi sebab gaya tidur yang teratur walaupun dalam kereta, tu yang rasa macam tidur kat atas tilam Vono macam iklan TV yang Ziana Zain jadi model tu.

rupanya masa member aku drive, 2 dah tidur, sorang je layan berbual. tu pun tahan tahan ngantuk. nasib baik driver okay je.


epin kate - dari Juru sampai Sintok aku sorang sorang yang hidup dalam kereta. hampeh punye car-mate. balas dendam nohhhhh.

No comments: