09 September 2010

Nostalgia Ketupat

esok raya. aku rasa macam takde makna kalau raya takde ketupat. tapi lebih tak bermakna kalau ketupat tu, ketupat segera. ouh boleh mental dan emo pagi raya. silap silap amuk satu taman. cis, tu sekarang, ntah ntah dah kawen nanti bantai nasik dalam plastik pun tak kisah.

tapi aku rasa budaya buat ketupat sendiri atau bahasa mudah menganyam ketupat dah makin kurang lah. sekarang bukan semua orang reti. aku fikir kakak kakak, brader brader, makcik makcik yang lagi senior pun belum tentu tau camne nak uruskan janor (daun kelapa) tu. silap silap boleh kena parkinson. budak budak bawah umur atau baya baya aku memang takyah cakap la. pandang pun tak agaknye.

serious aku kata rugi kalau raya Aidilfitri bergantung harap pada kilang kilang, nyonya pasar, tokey tokey cina. yelah, raya kita tapi kau orang sibuk jamah ketupat buatan diorang. nasi dalam plastik. takde sentimental value langsung. kalau anak cucu zaman 2040 akan datang belajar sejarah tanya korang pasal ketupat, aku rasa mau menggigil kau orang jawab. heh.

kalau masuk bab buat ketupat ni, memang tender aku dengan adik adik aku la buat tiap tahun. tahun ni tambah sorang ahli, adik aku paling junior. emak aku lepas tangan. dia cuma terima hasil ketupat yang memuaskan. aku balik raya ni tak pikir benda lain. kemas rumah, lepak depan iron board, lepak depan kuali, aku tak masuk sangat. tender tu bagi orang lain. tapi kalau tender buat ketupat bagi kat orang lain, aku sanggup tak balik rumah raya akan datang. mogok punya pasal. heh.

nak aku ajar? takde hal. benda baik ni jangan berkira sangat. ilmu dan budaya sendiri jangan kasi putus. sekarang pun bangsa lain dah cocok rapat nak belajar budaya kita. akan datang? silap silap kita belajar dari diorang pasal budaya kita sendiri.

akhir kata, selamat hari raya aidilfitri.


epin kate - aku pikir nak buat video la tutorial buat ketupat.

1 comment:

Daffien88 said...

benor apa dikatakan epin..rugi kalo tak tao buat benda ni..sini teluk intan semua buat sendiri...sini pun buat sendiri ja..lemang , ketupat , rendang , dodol ...best best raya