selamat soreh.
entry ni adalah rumusan dari tarikh berkenaan.
memang tak dinafikan tarikh ni paling cantik untuk tahun ni. mana ada no ni akan berulang lagi akan datang. kalau ade pon, korang termasuk aku dah takde kat dunia ni. maka ramai la buat mark kat tarikh ni untuk memperingati sebagai memorable date in life.
masing masing pun buatlah ape ape aktiviti pada hari kejadian. kebanyakannya aktiviti istimewa la. jom survey satu satu.
1. couple.
maka ramailah pasangan scandal, teman tapi mesra, kawan kawan, yang sedang dalam proses kenal kenal buat keputusan nak couple time ni. punyelah semangat dan romantiknya pilih tarikh ni untuk memperingati kebahagiaan bersama. bahagia ke kalau tarikh cantik cantik ni? aku takde jawapan, korang jawab sendiri.
2. tunang.
bagi pasangan kekasih yang sudah lama berkasih, diorang nak lebih memperingati hari bahagia masing masing dengan bertunang. makin eratlah kasih sayang tu agaknye. takpe, terserah pada individu.
3. kahwin.
pasangan kekasih yang memang dah lama merancang kahwin plak, sanggup tunggu tarikh ni. sebab, senang nak ingat tarikh kahwin untuk sambut anniversary. madah pelupa, tu yang nak mudah je. kalau yang tak sabar pulak sanggup cepat cepat buat keputusan, ikhlas ke tak tu aku taktau lah.
4. hari paling sedih.
tu kalau hari bahagia masing masing. tapi ade ke yang ingat nak buat tarikh cantik ni sebagai tarikh tak bahagia? contohnya tragedi kemalangan ngeri kat Melaka tempoh hari. ade sape sape yang nak tetapkan tarikh tu jadi macam tu? takde kan? takpun sebab sebab tak bahagia lain. kalau ade, turunkan komen kat bawah.
5. hari memadu kasih.
bagi yang dah ade family, tak salah nak family planning. tapi kalau yang belum ada family tapi buat family planning jugak, maka 8 atau 9 bulan lagi bersepahlah berita pasal bayi jadi penjaga bustop, bayi jadi noja masjid, bayi jadi pencuci longkang, bayi jadi kaki lepak bawah jambatan dan macam macam lagi berita mengaitkan bayi yang dijumpai merata rata tempat. tak caya? tunggu.
epin kate - aku tak ingat pun tarikh ni sebab sibuk pergi kelas.
7 comments:
101010. xd 1 pun aktiviti tersebut yg aq bt. hnya dduk dibilik, cypkn asgnment..huhu
yeay ! kite same!
aku pun x tau hari tu tarikh yg cantik..hahaha
una : sebuk je. ade hutang ke?
bukn ko hutang ngn aku ke..wat2 tnyer lak kn
bukn ko hutang ngn aku ke..wat2 tnyer lak kn
hahahaha eh ade ea? tak ingat pon.
Post a Comment