14 November 2010

Biskut Habis








selamat malam dan salam 1Malaysia.

Malaysia 0 vs China 3. aku dah dapat agak Malaysia akan kalah tadi. bukan tak fanatik, aku gile fanatik kot kalau dapat tengok game Malaysia. menang kalah adat permainan.

aku dapat sumber dari orang dalam yang bagitau, reff perlawanan tadi yang berdarah Ausie fanatik Spain. kenapa? beliau dikatakan begitu terpengaruh dengan perlawanan akhir Piala Dunia. Spain vs Belanda. game tu antara paling teruk sebab banyak kekasaran tapi reff tak keluar kad untuk situasi tertentu yang kebanyakannya dilakukan pemain Belanda.

maka bagi membalasnya, reff berkenaan melepaskan dendam kesumat selama 4 bulan pada perlawanan tadi. memberi kad sewenangnya kepada pemain yang melakukan kekasaran walaupun sikit. berbaloi katanya ketika ditemubual selepas perlawanan tadi. dan hasilnya Malaysia menang 3 kad merah dan 7 kad kuning.

selain dari lambakan layangan kad merah dari reff yang baik hati, ada sebab lain yang menyumbang kekalahan Malaysia. bukan masalah kecederaan pemain. bukan masalah pemain tidak berpengalaman tapi ketiadaan sumber inspirasi pasukan.

sumber inspirasi yang sukar didapati di China menyukarkan mereka untuk bermain dengan extra tenaga. kelemahan pasukan perubatan dan pengurusan mereka yang tidak menyedari ketiadaan inspirasi menyebabkan moral pemain jatuh mendadak dan ada yang mahu beli tiket balik semata mata untuk mendapatkan sumber itu dari keluarga.

K.Rajagobal dipersalahkan 100% oleh pemain kerana tidak prihatin akan kehendak dan keperluan mereka. dan yang aku pasti malam ni beliau tak dapat tidur dengan tenang sebab kekalahan itu berpunca dari dirinya yang tak caring.

sumber inspirasi pemain Malaysia dikatakan sudah habis dibalun beliau ketika Malaysia menang menentang Kyrgyzstan. dan sebab itu jugalah pasukan Malaysia kalah ketika menentang pasukan Jepun.

sumber inspirasi yang dikatakan adalah seperti gambar di bawah.

















eh silap, ni Dollah Salleh. bukan yang ni. gambar lagi satu.

























inilah sumber inspirasi yang dikatakan. tanpa Tiger Biskuat yang mengandungi Enermaxx, pemain Malaysia tidak sanggup untuk meneruskan perlawanan. inilah bola sepak sebenar. jaring gol kat sudut pelik pun takde hal.



epin kate - esok Malaysia lawan Iran. reff Ausie tu gantung butt jela.

No comments: