selamat berehat panjang.
Changlun dulu umpama bandar metropolitan yang maju dan pesat membangun. boleh digambarkan sebagai kota strategik menghubungkan Malaysia dan Thailand sama seperti semasa pemerintahan Melayu Melaka oleh Parameswara yang menjadikan Kota Melaka sebagai pusat kegiatan perdagangan oleh pedagang pelbagai negara. membanggakan
namun Changlun ketika ini umpama pekan cowboy yang langsung tiada apa. bekalan penting sudah sukar didapati. Changlun seperti disisihkan, dipulaukan dan dipinggirkan. pelbagai masalah timbul ekoran bencana alam yang melanda negara seberang. tetapi yang tidak berubah adalah si cowboy tua cabuk yang tidak cukup kesedaran terus berpeleseran melepak di warung tepi jalan tatkala azan maghrib berkumandang. sedih.
mana perginya bantuan tempatan? mana perginya wakil rakyat dan parti politik yang memerintah tampuk jajahan kotaraya Changlun? mana suara keadilan pejuang yang menyokong perwakilan YB setempat?semuanya lemas dihanyut air deras. kasihan.
Sintok juga sudah tidak berpenghuni. sudah tiada penduduk. masing masing keluar kawasan mencari perlindungan. kawasan lain mengalami masalah, Sintok juga yang ditinggalkan. majoriti penduduk tidak sudi untuk terus menetap di Kota Sintok. kejam.
tetapi itu semua tiada kaitan dengan apa yang aku hendak sampaikan. masalahnya di sini adalah . . . . . . . . . . . .
mane aku nak carik petrol ha??? motor aku dah nak abes minyak ni. ayarkkkkkkk >_<"
epin kate - mungkin akan meninggalkan Sintox City.
5 comments:
encik ariffin, kembalilah ke pangkal jalan. pulanglah ke kluang sementara masih ada peluang sementara di sintok masih tak punya apa. jika semua sudah kembali seperti asal, hilanglah peluang tersebut kerana anda sudah mula menyibukkan diri untuk final. hihihi
terima kasih kerana mengambil berat. hahaha
der... ak ckp ape?? jom balek...
ak naek dr cglun kul 6.30 ni
hahaha marah tu baq hang. tk blh la my, jiwa aku dah sebati dgn sintok, tak rasa nk blk pun. ang p la blk kluang tu. kemslm kluang noh. nti dh abes cuti mai la blk sini nohhh, ada exam. wawawawaa
ak ade tagged blog ko... sile rujuk blog ak yg bertajuk "maen-maen wedding plan"
hahha jwb la soklan bile2 fre...
Post a Comment