10 November 2010

Mix








salam deepavali.

semalam aku hampir bertegang urat dengan seseorang. yang dikenali. gara gara objek yang aku lihat. hampir setengah jam kami berbalah akan objek atau nama saintifiknya kehaiwanan bin kebinatangan. dia seboleh boleh tak percaya ape yang aku cakap.

"tak nampak ke ape yang die tengok tu".

ikutkan hati aku nak ketuk die gune besi traffic light kat hujung jalan tu bagi dia betul sikit tapi sebab member kang tak pasal pasal aku pindah kat Batu 2.

orang keliling dah tengok kami macam tengah buat drama free tepi jalan dok gaduh. siap ade yang bukak kiosk jual popcorn & ade yang bentang tikar tengok show kami. ingat kitorang main wayang kulit ke? jahanam.

die kate tu benda tu bukan ape yang aku pikir tapi aku still degil. siap bawak aku tunjuk benda tu padahal die yang tunjuk kat aku time kitorang lalu kat kedai tu. tak ingat lah tu.

"tu ha kan ke haiwan tu pelik, kau tak pelik ke?"

dalam hati aku dah sumpah seranah mamat ni. lupa makan ubat gamaknye. takpon kurang darah dalam badan yang mengunjurkan kekurangan daya berfikir dengan waras lalu mengakibatkan hipotesis yang terhasil rapuh dan tak kukuh. teori hasil cetusan idea doktor falsafah, Alexander Graham Bell sangat berguna. tak sia sia aku belajar sejarah dia.

ape benda yang kitorang gaduhkan? ni haaa . . . . . . . . . . . .























































member aku kate kucing tu pakai topi katak.

salah! ni adalah kucing mix dengan katak, badan kucing & kepala katak.

member aku memang ada masalah mata.




epin kate - comel kan?


4 comments:

Adam said...

Da sewel la junior aku ni...
Kes exam tunda ke ni?

Myzatul FarahinSatimin said...

hahhah ak rase ko yg gile... =p

Daffien88 said...

pening pening la ko dah ni ipinn

Ariffin Janal said...

lantak korang lahhh~