greetings.
Kehadapan kekasihku yang jauh di mata dekat di hati.
Tujuan kanda mengirim surat maya ini adalah bagi memberitahu dinda tentang situasi kanda dan juga ingin meminta maaf atas kecurangan kanda dalam membuat perjanjian.
pertama sekali kanda harap dinda tak khuatir dengan keadaan kanda di Johor ini. keadaan sekarang selamat dan rumah kanda sudah surut dari menjadi mangsa kerakusan banjir lumpur yang mengakibatkan kebanyakan rumah di kawasan rumah kanda ditenggelami air hampir 1 inci.
semua barang pemberian dinda iaitu set perabot dari Italy, berpasang pasang pakaian mewah dari Spain dan pinggan mangkuk dari German telah kanda selamatkan terlebih awal berbanding tv 14 inci cap ayam. kanda bertungkus lumus melawan arus deras banjir 1 inci demi menyelamatkan keluarga dan harta kanda yang tak seberapa. kanda juga telah menghantar nama kepada pihak berkuasa tempatan bagi mendapat pertolongan mangsa banjir.
buat masa ini, hujan suam suam kuku dah berhenti. tapi dikhuatiri gelombang hujan kedua dan mungkin lebih teruk yang boleh meningkatkan paras air kepada 2 inci.
jadi untuk langkah berjaga jaga, kanda tidak dapat menepati janji melayu yang kanda buat untuk berjumpa dinda khamis ini (3 Februari 2011). ini juga sedikit sebanyak berkait dengan perkataan melayu dalam IC kanda. kanda harap dinda tidak marah dan faham dengan situasi kanda sekarang. dan juga jangan lupa kirim salam rindu kanda pada bakal mak mertua kanda di sana.
akhir kata, Happy Chinese New Year adindaku Zhang Ziyi.
Ariffin Janal.
epin kate - Warkah Berlagu Pop
19 comments:
erk.! lepas bnjir bawak die masuk islam k.? hahahah!
padie : insyaallah :D
ceh, mati2 aku ingt umah kau banjir. kl umah kau banjir, umah akupun banjir jugaklah. ish, kl banjir umah aku mmg tenggelam habislah bdr kluang! hahaha
jet li xde ke..??huahahahaa
banjir eh.
haha , part ic tu x boleh bla ouhh u ! x)
haha , part ic tu x boleh bla ouhh u ! x)
leh masuk btanding ucapan romantik nie broo!
fiza : hahaha umah aku tinggi ouh, mcm umah kau.
miss neeya : takde2. die kat US.
wanie : banjir. tinggi ! 1 inci !
ferra : hahaha betul la, dlm ic melayu.
chenal : hahaha yeke? ade borang penyertaan tak? wakaka
hahaahah..kesian..serius ke niwey? heee...
odey... sudi2sudilah folo balik yepp
http://holylightfarhaniza.blogspot.com/
farhaniza : kalo ade kesempatan,akan dilakukan.
kanda gemok, sila ingat janji temu kita besok yek.
Ceh...apedah
hunny : baik syg ;D
daus : haha okay what
errrkk miss yaty kliru..hihiii
like likeeeeee!!~~~ entry lawakkk kebabommm
GONG XI FATT CHOIII
•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*.¸.•*´¨`*•.¸¸.•*'
(\_(\ ...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
(=' ;') •::::::::HAPPY RABBIT YEAR :::::::::::•
(,('')('')¤...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
|Journey from HELL|
Sorry lama Tak SINGGAH.
miss yati : takyah confuse2. terima je.
pinqib : kebobam !
ak igt ko anta surat kat yap!!! ahahaha
hahahaha yap mian yi !!
Post a Comment