26 March 2010

Minggu Kritikal

budak yang dikenalpasti sangat popular HAHAHA

dengan ini aku nak bagitau bahawa bermula esok, ada saja aktiviti yang akan aku lakukan. semua aktiviti tersebut adalah penting bagi meneruskan misi sebagai mahasiswa dalam semester 4 supaya tamat dengan jayanya seperti berjaya time square dan juga berjaya megamall. mereka adalah pelopor mall berjaya. berbalik kepada tajuk utama. ya ! sangat kritikal kerana aktiviti yang aku lakukan adalah penentu kejayaan aku sebagai mahasiswa mahir mengurus, bukan menguruskan badan ataupun mengurus rumah tangga tetapi mengurus waktu.

bermula esok, jumaat 26 mac 2010 bersamaan umur aku 21 tahun sehari *nak jugak tu bagitau umum hahaha* [aku perlu ade final exam untuk paper proses writing]. [sabtu perlu naik hutan sintok untuk aktiviti ko-k] *letih siot dhla nak simpan tenaga untuk aktiviti lain*. [ahad ada test pengurusan kualiti] *perlu study*. [isnin perlu present projek paper OB] *perlu siapkan slide and on my way*. [selasa ada presentation lagi untuk autoCAD] *perlu study slide tapi mana ntah si pembuat slide tak muncul*. [rabu free sehari] *lega tapi perlu praktis untuk persembahan*. [khamis ada event dinner blok F] *persembahan*. [seterusnya limaharibulanempat ada event untuk dinner kolej] *persembahan lagi*. [sehari selepas itu ada event untuk blok C] *juga persembahan*. [11hb4 perlu hantar assignment terkumpul OB] sama seperti kuiz terkumpul yang perlu dihantar akhir musim. penatttttttttt !!

korang baca la satu satu konfem geleng kepala. abestu nak buat camne kannn? nasib baik takde aktiviti bertindih. itu tak termasuk diskusi, training dan lain lain. sebab itulah aku nak cepat cepat final supaya aku dapat balas tidur puas puas masa study week. hahaha. gila punya gempak lah kau epin ! gila kentang pon boley gak selit sikit sikit.

berkenaan kuiz dan presentation tu memang takley elak. event pon same, dah orang invite segan pulak nak tolak sebab member member jugak. lagipun kena ada publisiti nak jadi artis kan? hahaha. aku taktau nak buat ape dulu ni. pagi nanti pukul 8 kena add subjek untuk jadual kuliah aku semester depan. sekarang aku sedang siapkan sikit sikit slide untuk OB. esok malam perlu diskus so nampaklah sikit progress cuma takboley la slow sangat nanti tak sempat.

arghhhh ! cubaan betul. hilang projek kolej, ade banyak kerja peribadi pulakkk. tiap semester aku tak duduk senang. tapi aku cuma terkilan sikit sebab sem ni macam takde projek aku join. rilek memang rilek, cuak tak dapat stiker motor kang sem depan. so sekarang aku nak siapkan sikit lagi kerja slide dan perlu tidur sekejap, pagi perlu bangun untuk memenuhi kewajipan. oke dah~

- epin -

2 comments:

VA said...

haha.
bapak gempaq idup ko ek.
sempat lg ko update blog.
tu lagi gempaq.
gud luck! =)

Ariffin Janal said...

hahahaha stress perlu dilepaskan so aku menaip laaaa~