22 December 2010

Misteri Bau [Edisi Seram]








hey peeps !



Kadir dan Ramlah merupakan sepasang kekasih yang berasal dari sebuah kota metropolitan yang maju. maksud saya, sangat maju. lebih maju dari Kampung Pisang yang hanya dihuni oleh kaum zomba. atenye Hussein nampak Kak Limah jadi zomba. pelik Hussein tu, pelat tak berubah walaupun dah koje kat singepore. heh.


tapi ini bukanlah cerita scandal Hussein dan Kak Limah. tapi mengenai Kadir dan Ramlah.


Kadir dan Ramlah belajar di tempat yang sama di institusi pendidikan tinggi di kawasan tanah tinggi di utara tanah air. universiti apa? rahsia. Kadir dibekalkan kereta oleh ibu bapanya yang sangat kaya, lebih kaya dari Pak Jabit yang hanya mempunyai warung walaupun beroperasi hampir 24 jam.


Kadir dan Ramlah rajin pulang menjenguk ibu bapa mereka walaupun jarak rumah mereka dengan universiti bukanlah sekangkang kera, malah kalau dikira mengikut 1000 kangkang kera pun masih tak cukup. yelah, anak lot, ade je duit, baliklah diorang.


selalunya diorang balik berdua je disebabkan member lain lebih rela naik bas daripada memperjudikan nyawa di tangan Kadir. Kadir merupakan pencinta kelajuan, Jiwa Kelajuan kata kumpulan indie kegemarannya iaitu Gerimis. lagipun diorang tak kisah, bolehlah diorang spend time bersama berdua. silap silap boleh rakam video 3GP masa on the way balik rumah lepas tu upload kat Facebook dengan tajuk yang pelbagai termasuk KLCC 3GP.


namun suatu ketika universiti mengumumkan cuti mengejut disebabkan kemarau teruk melanda bandar terdekat. kemarau itu mengakibatkan semua pelajar tak dapat mandi mengikut suka-hati-mak-bapak-laki-mak-tiri-diorang dengan kuantiti yang melampau tanpa dicatu seperti biasa. itu tak best. maka semua pelajar mengambil keputusan untuk balik termasuklah Kadir dan Ramlah.


Halim merupakan rakan Kadir dan Ramlah. Halim terlepas untuk membeli tiket bas dan ditinggalkan rakan rakannya. kesian Halim. katakan kesian kat die wahai kawan kawan. bagus. maka Halim mengambil keputusan untuk terpaksa rela mengikut Kadir dan Ramlah balik rumah. dia mempertaruhkan nyawa demi tak tinggal sorang sorang kat kolej. seram katanya.


dalam perjalanan balik, Kadir seperti biasa memandu laju dan merakam 3GP aksi gedik mereka. menyampah kalau korang tengok. lagu dipasang dengan volume paling maksima yang kereta tu ada. kalau boleh nak bagi kereta sebelah tau diorang pasang lagu I Love The Way You Tipu nyanyian Raihana berduet dengan Emenem.


tiba tiba mereka berdua terhidu bau wangi yang menusuk hidung sehingga ke pankreas menuju ke ginjal. sangat kuat. serta merta bertukar menjadi bau paling busuk menusuk kalbu sehingga membuatkan Kadir terbabas ke pinggang jalan dan bukan bahu jalan sambil mata terkelip kelip menghayati bau busuk tu. bau telor !


mereka berdua berpandangan. dalam kepala ligat memikirkan segala macam perkara mistik dan mulut terkumat kamit membaca ayat suci tapi secara berterabur. hujung ayat di pangkal, pangkal ayat di hujung. diorang nervous macam nak derma darah padahal takde pengalaman derma darah pun sebab kuantiti hemoglobin dalam badan tak menepati piawaian pendermaan darah.


kedua duanya takut. seriau. seram. cuak. dan seangkatan dengannya.


tiba tiba,



'sorry.........'



diorang terdengar suara. suara itu melontarkan perkataan 'sorry' tetapi secara sayup sayup.


lagilah gelabah ayam dua orang ni. segala dosa lampau terkenang kembali dan serta merta mintak ampun dan kalau boleh nak turun kereta dan lari macam Hussein lari macam dalam cite Kak Limah Orang Gile Rupenye. Ramlah memeluk Kadir, Kadir memeluk Ramlah. Stereng, memainkan peranan auto pilot.


dan tiba tiba sekali lagi, diorang terkejut bila diorang terasa ada kepala menjengah antara kedua dua seat yang diorang duduk. nak menjerit terasa tak berbaloi sebab konfem takde sape dengar. diorang pejam mata rapat rapat dan terkumat kamit membaca doa. kadang kadang terbaca doa makan, doa tidur dan doa masuk tandas. waktu macam tu memang tak peduli, asalkan doa.



'weyyy, korang dengar tak aku cakap tadi? aku kate sorry lahhh. tadi aku terkentut, petang tadi makan telur rebus lima biji', sound si Halim bila sorrynya tiada respon sebentar tadi.




. . . . . . . . . . . .





KETANGGGGG !!!


bunyi paling syahdu, kalah lagu raya nyanyian Deejay terkenal Malaysia. bunyi Ramlah ketuk kepala Halim guna side mirror kereta. entah bile die tanggalkan side mirror kereta Kadir tu. pantas betul si Ramlah ni.





'lain kali bagi salamlah dulu nak kentut ponnn !' bentak Ramlah dan disokong Kadir.





suasana senyap seketika. sunyi. *bunyi cengkerik*






'abestu apa yang bau wangi pulak tadi?' ujar Kadir tiba tiba.







. . . . . . . . . . .







'tadi ade pompuan duduk sebelah aku, rambut panjang, baju putih, muka cantik ! lepas aku kentut, die cepat cepat blah keluar ikut tingkap' kata Halim selamba badak.



Ramlah dan Kadir terkedu. kembali seriau.





epin kate - yeay ! dapat pun tulis cerita !


22 comments:

Fatin Rahmat said...

haha kreatif! kelakar tapi seram ending die. ade sambungan lagi tak? :P

KakD said...

makan telur rebus 5 bijik??? phewww tu bau die memang pengsan tuh...hahahaa. ngekek2 akak gelak bace cerite ko ni dik oiii hikhikhik

sitinurulaieen said...

cayalah epin..

ok nanti aku sambung cerita kao!..

baru aku nak tulis cerita seram..kao dah potong line...ciss...

style2..

pinkaholic miera said...

kau ni memang sewel kan? nasib aku lah dapat kau jd laki. aduyaii.

pastu tiap hari aku akan mengajukan ayat ini sblm melelapkan mata :

ce cite ce cite ce cite.

sebab nak dgr cite best kau macam ni tiap mlm sblm tido. hahaha.

.:padie_eyla:. said...

hahahaa. tiga tiga sengal.

Ariffin Janal said...

fatin : sambungan? akan difikirkan

Ariffin Janal said...

mappiau : bau die sampai hantu tu lariii. perghhh~

Ariffin Janal said...

ain : hahahah yessss ! aku berjaya !

Ariffin Janal said...

hunny : ceritain ceritain caritain

Ariffin Janal said...

padi : nasib badannn

Unknown said...

panjangnye citer kau pin, x terhabes aku baca... apa kata kau masuk kontes kisah klasik kita tuh?

Ariffin Janal said...

tipah : pendek je tuhhh. kontest apakah??

Ain Atika Zailani said...

hahhaha...mengong kepala i baca...

sumaiyah mokhtar said...
This comment has been removed by the author.
sumaiyah mokhtar said...

k e l a k a r ;)

Ariffin Janal said...

ain : yeke? aishh kesian2. teruskan membaca ye :)

aina : pujian ikhlas? thanks !!

little ain said...

ni bukan seram laaa.

ni lawak nak mati.

sengal ah!

Ariffin Janal said...

ain : sukati ahhhh

ryeharoxy ♛ said...

vangang tak hengat.haha.but i love the way u expressed ur idea.good job abg banjir!

Ariffin Janal said...

diam ah larkinnn. hahaha

fara said...

aku nk komen ape ye? sbbbbb AKU TAK PAHAM CROTE NI, hahaha. Kejap crite pasal hantu mak limah, jap citer pasal kentut, kejap citer pasal telur rebus 5 biji. yerrkk.ha3.

Ariffin Janal said...

fara : ahhh takpaham plak bdk ni.