selamat malam.
bahagian penting dalam hidup ni sepatutnya kita tak lupakan. lebih lebih lagi berkaitan tarikh peristiwa ataupun ulang tahun. elak ada pihak yang akan terasa akan keterlupaan kita. kalau dah sampai tahap terasa hati ataupun merajuk, alamatnya anda perlu mencari akal bagi memujuk si merajuk itu. bukan kerja mudah. kalau dapat pujuk dengan mudah, anda memang pemujuk yang cemerlang. aku tabik tiap kali jumpa kau !
untuk mengelak daripada menjadi si pelupa pulak, elakkanlah dari meratah makanan berunsurkan semut sebab seekor semut boleh mengakibatkan kecacatan memori secara serius selama 40 hari. itu baru seekor. kalau ratah semut macam makan nasik, korang bayangkan jela. jangan bayangkan cara korang makan semut hitam yang masih hidup penuh pinggan, bayangkan kehilangan memori tu. kesannya sangat dasyat.
tapi dalam kes aku ni, keterlupaan aku tak melibatkan manusia. bukan mak abah, bukan adik adik, bukan kawan kawan dan bukan cinta hati. kalau birthday aku takkan lupa. anniversary mak abah? pun takkan lupa. anniversary perkenalan cinta hati? aku ingat tapi kitorang tak sambut tu yang buat taktau je. keterlupaan aku adalah melibatkan aku sendiri tapi tidaklah begitu penting bagi korang sume dan aku taktau la penting ke tidak bagi aku.
keterlupaan aku adalah melibatkan blog aku. hari ini 10 Disember 2010. setahun yang lepas 4 Disember 2009 (berdasarkan perkiraan dari First Post), blog dengan menggunakan link di URL di atas diwujudkan oleh aku sendiri tanpa paksaan sesiapa dan atas kerelaan aku sendiri. nampak? dah lewat 6 hari. kalau lupa macam ni dengan makhluk berakal, konfem lancar perang. tapi disebabkan blog aku tak berakal, maka . . . . . .
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN WAHAI BLOG TERSAYANG !
epin kate - kalau kahwin, setahun dah boleh dapat anak.
7 comments:
heppy besday blog epin >.<
giler aahhh org lame.... ko lg tua dr aku dowh.. name jer dak matrik.... hahaha
eza : masehhh
petai : bezakan antara dak matrik dengan blog aku. aku rasa jurang die ibarat planet pluto dengan lubang pusat aku. jauh wooo~
ok tahniah otai! yeah...
hepy brtday jgk blog ipin..
moga pnjg usianya~
ouhhhhh yeahhhh hepyyy anyvrsry blog ipin HAHA
terima kasih wahai stalker ku sekalian. tq ain, tq syieda, tq aina ;)
Post a Comment