27 January 2011

Pemalu








selamat malam !


korang tengok aku ni camane orangnye? ramah ke? aktif ke? hyper aktif ke? super duper extra mesra ke? salah ! semua salah ! aku adalah seorang yang maha karya pemalu dan segan. memang takde orang pemalu mengaku die pemalu dan tiada orang hensem mengaku diri die hensem. tapi aku sebagai aku bertanggungjawab dan dengan bangganya cakap aku hensem tapi pemalu. aku hensem kan? kan? kan? oh janganlah puji saya lebih lebih, malu la saya. haaa see? see? kehkehkeh.


okay hensem tolak tepi dulu. karang untuk entry lain. sekarang mood malu. ramai yang cakap aku ni sombong. salah ! ramai jugak cakap aku ni belagak. salah ! ade pulak yang kata aku ni tak reti bercakap jumpa orang. betul ! ape sebabnye? sebab aku segan la doe nak ramah live live ni. aku akan ramah dengan orang yang aku kenal dah agak lama. kalau yang setakat kenal kat Fesbuk, Belog, Maispes, kirimsalam kat roomate aku jelah.


sampaikan ade yang tershy cat tegur aku tapi aku bolayan.


"eh hye epin !", sapa beliau mesra tapi disambut oleh muka pelik aku disulami senyuman kelat seakan terpaksa.


hahaha kesian. selalunya yang ramah mesra nak tegur macam tu perempuan lah. dan perempuan jugaklah jadi masalah aku nak berkomunikasi. punyelah payah nak bercakap dengan budak perempuan. taktau la apasal. camane nak jadi artis ni? haishh.


kalau meeting kat dalam bilik meeting yang macam tin sardin, aku tunduk. kalau masuk bilik aktiviti buat kerja untuk projek kolej, aku diam. kalau ade perjumpaan yang melibatkan AJK projek kat dewan terbuka aku pun blushing (mak aih ! tak menahannnn nak blushing).


"kau kalau kat Fesbuk dengan Belog, nauzubillah. ramah tak hengat punyelahhh. macam minachi kepoh pun ade. kehkehkeh!", demikian kata kata seseorang kepada aku yang lebih berbau sindiran. kalau cakap kat orang lain mau tacing makan 2 minggu jugaklah. pedih kot, jangan kata pedih ulu hati, silap silapoverlap sampai pangkal perut. kalau terlajak sikit, usus besar buat hal. sudahnye sembelit gara gara tacing (eh ade kaitan ke?).


apakah salahku? apakah dosaku? bukan aku diminta lahir untuk menjadi penyegan dan pemalu. dengan lelaki aku no hal je nak berbual rabak dan bersembang kencang. kalau boleh roboh warung, robohlah ia gara gara aksi perbualan melampau 18SG (berbual pun boleh ganas macam tu sekali).


itu kalau yang kenal. kalau yang tak kenal pulak, segan lagi berlipat kali ganda. berjuta juta lemon tumbuh kat muka aku ni bagi takde sape nampak. kalau boleh nak lilit talipinggang kat mata tak bagi nampak sape sape. kalau lepak kat warung pulak, nak balut muka gune alas meja kedai tapi koyakkan tang mulut, mudah sikit nak makan minum. hardcore gila tuh !


orang yang betul betul boleh aku buat berbual, member sekolah menengah, member matrik, member kolej serta manusia yang bukanlah seorang bertutur skema gampang punye. aku ni nampak je diam di depan orang ramai, tapi kalau dapat masuk line aku, hambek kau loyar buruk berkati kati kau dapat. silap silap boleh menyesal rapat dengan aku.


tapi tapi tapi tapiiii aku selesa dengan diri aku sekarang. takdelah orang cop aku buaya or player or so whatever kan? nanti mudah rapat dengan perempuan lain, orang tak percaya aku pulak.




epin kate - so hunny, dont worry k. takde perempuan mane yang i boleh rapat. sebab i kan pemalu. hihihi (aku nak tengok kau komen ape,hahaha)


14 comments:

forever love said...

akhitnya epin kembali..hehe...pemalu erk...

afifahadit said...

pemalu la sangat3 bile 1st kenal ko..dah kenal,huh~ ade ko taw malu??? ahahahaha

KakD said...

ececece malu tapi mauu kan hahaha :P

ZianaRazali said...

hai epin pemalu..hehehe..

Ariffin Janal said...

atiq : ye aku kembali !!

fifa : haruslah bagitau umum? hahaha

kak diana : hahahah yeke? yelah kot.

anayana : hai. hehehe

pinkaholic miera said...

hark tuih ! pemalu ke weh???
wahai warga blogger, percayalah bahawa entry epin kali ni hanyalah TIPU BELAKA.

Aku sokong kau fyfa !! Mula2 kenal nampak cam pemalu kan? Dah kenal, memang takde perasaan malu ke mamat ni?


Blogger sekalian, AHMAD ARIFFIN sedang menipu kalian.

bhahahahahahahahaha.

farhana sahri said...

"amai yang cakap aku ni sombong. salah ! ramai jugak cakap aku ni belagak. salah ! ade pulak yang kata aku ni tak reti bercakap jumpa orang. betul ! ape sebabnye? sebab aku segan la doe nak ramah live live ni."....same la ngn sy..hihi..kembar ..muekeek

Mat Sabu said...

Said meh kita compete sape ag pemalu hhaha

zayma said...

dulu kat matrik tanpa segan silu kau dok nganjing aku pasal aku langgar pintu masjid kan..tibatiba jumpa kat u terus senyap,jd pemalu la konon..haha

Ariffin Janal said...

hunny : eley kan betul tak ngaku. jealous ah tu. lalala~


farhana : wahhh. hye kembar !

daus : konfem aku menang bro. haha

zayma : hahaha aku lupe seyh kesah tu !! thanks ingatkan aku ! wakaka

sumaiyah mokhtar said...

ipin?malu? ouhhhh gile lah. HAHAH

Ariffin Janal said...

aina : ape kau? betol lah !

Mat Sabu said...

aq menang..
p tanyer shida haha

Ariffin Janal said...

daus : cisss apahal kau nk menang plakk??