selamat malam.
dah takde kerja malam ni so aku try tenung je lappy dengan harapan dapat ubah dari Acer kepada Macbook Pro or paling cikai pun Sony Vaio. tapi tak berjaya. damn.
okay aku nk story sikit pasal ape yang aku buat selama seminggu aku dah balik ke Johor terchenta ni. terchenta? ye memang terchenta sebab berchenta nak balik Johor ni. almaklumlah belajar dekat sangat.
perjalanan cuti bermula Isnin minggu lepas. sampai Johor aku terus dikejarkan ke kampung oleh mak abah. sebab nenek aku baru meninggal hari Isnin tu sebelum magrib. aku dapat tau malam tu masa ontheway balik Johor. memang kebetulan aku nak balik Johor kan? bukan boleh kita rancang pun kalau panggilan Ilahi ni. so dapatlah aku menatap jenazah arwah nenek aku untuk kali terakhir.
alhamdulillah aku dapat uruskan pengebumiannya walaupun bukanlah menolong 100% tapi dapatlah menyumbang tenaga sikit. kalau ditakdirkan aku dah beli tiket hari Selasa macam perancangan awal, memang aku sempat tahlil jela. rakan rakan, sedekahkan Al-Fatihah pada arwah nyai aku ye.
then balik Kluang lepas berhari hari bertapa di Baru Pahat. baju pun abah yang bawak dari rumah. hari Ahad lepas pulak, mak kena tahan masuk wad. sebab tekanan darah rendah. too low. itu pun kebetulan pergi klinik sebab nak mintak ubat batuk. doktor klinik tu syorkan pergi hospital. then sekarang dah 2 malam die tidur kat hospital. kurang makan tu yang blood pressure rendah. yelah, orang batuk selalunya takde selera nak makan.
dan kebetulan juga aku bercuti sampai habis minggu ni. so dapatlah aku jaga rumah dan uruskan apa yang perlu. apa yang jadi sepanjang minggu ni pun kebetulan. apa yang aku plan macam dah menyasar jauh. takpelah. family first kan? kalau mak tak keluar wad lagi, nak aje aku postpone balik Kedah. lewat sikit takpe kot. kan? hurmmm
epin kate - jadi bibik kat rumah. rindu Alya Mysarah sebab aku tak jumpa dia lagi sejak balik Johor.
17 comments:
tibe2 aku rindu nenek aku....
aku rindukan kau
mintak tolong harry potter la nak tukar kan laptop tu..hikhik
rindu jugak kt arwah wan ngan aki :(
al-fatihah
alfatihah. =)
neeya : kalo ade dah lame mintak :D
padie : thanks :D
teringat arwah wan ak..:(
al-fatihah~
al-fatihah~
byk betul kebetulan ek
kn bgus klu slalu cm tu
huhuhu
anway thnx 4 the follow :)
alfatihah..
takziah buat kmu...
jgn bersedih..
tabahkn ati kuatkn smgt..
amik la kesempatan atas masa yang ade..
al-fatihah...salam takziah buat fmly epin
takziah.. ak x taw pon...
erm jom jln.. ajak sepul ke..heeee
anak dare sungguh ariffin janal cuti ni eyyy :)
my deepest condolence for you and your family.
untuk mak ariffin janal, semoga cepat sihat okayy.
fifah : jgn sedey2 k
starlight : aturan tuhan
shamsiah : insyaallah
farhana : thanks
my : jalan2? jom ! haha
ain : heyyyy elok sikit pggl anak dare k. sabo jelahhh. thanksss
Assalamualaikum
Al-fatihah utk arwh nenek awk.salam takziah
novelgurl : thanks :D
hamboiii hebat ko dik dengan tenung jer lappy tuh boleh bertukar!!! hahaha
kak diana : tgk kaki la kakk~
jenaah? please check your spealing, huhu enyway be the best for your family, :)
Post a Comment