selamat siang.
seperti kebiasaan, sebagai seorang student aku menjalankan tanggungjawab pergi ke kelas. kedatanganku ke kelas memang sangat cemerlang. dengan megah aku berani mengaku aku berjaya capai 80% kedatangan kelas untuk elak kena bar. tak kena bar okay la kan? bagus tak aku? haha.
tengahhari tu, aku berjaya bangun macam biasa dengan semangat luar biasa. kelas tengahhari ni memang mencabar sebab panas. aku putera lilin, mane boleh kena panas sikit. nanti cair. dengan niat di hati yang sangat menggunung.
"harini, aku nak sain untuk kelas sebelum ni sekali yang aku terponteng", getus hatiku.
kalau sain lambat lambat nanti kena highlight, so rugi lah 20% kepontengan yang dibolehkan tu.
memulakan baki separuh hari tak perlu mandi terlalu lama. yelahkan, sikit jam lagi dah petang. petang pulak main futsal, sia sia je air bersih yang mengalir kat badan aku banyak banyak kan. belaian kasih sayang pada badan sendiri buat awal pagi. time tu nak berenang kat toilet pun takpe.
sebelum ke kelas sempat sarapan dulu walhal aku susah nak bersarapan. tunggang Jijah ke kelas dengan rileknya padahal dah lewat 5 minit. ikutkan Jepang ni aku dah tak boleh apply kerja tahu!
berjalan masuk ke dewan kuliah dengan muka yakin dan sedikit rushing sebab masa tu aku baru sedar aku dah lewat. berbekalkan muka baru bangun tidur, aku redah suasana sepi kat kawasan dewan kuliah sambil meneka kelas aku yang mana.
tiba tiba aku ternampak sekumpulan amoy chantek sedang berbual di kaki lima. aku terpana lantas tersentak. aku tak boleh leka memerhati keindahan ciptaan tuhan. bergegas aku masuk ke kelas, tarik nafas, buka pintu, touch kad matrik lalu mencari tempat duduk paling belakang.
sesaat aku memandang keadaan sekeliling. kiri kanan depan belakang. tak ramai. setelah yakin, aku bangun perlahan sambil mengeluarkan handphone untuk menaip mesej kat member aku lalu buka pintu belakang kelas.
"wei kelas kita kat mana hah?", tanyaku dalam mesej kepada rakanku.
. . . . . . . . . . . .
damn! macamana aku boleh lupa kelas kat mana!
ini angkara amoy amoy tadi buat aku khayal dan lupa kelas kat mana.
epin jenal - awal sem memang susah nak menghafal kelas kat mana. haih.
16 comments:
kahkahkah...laen kali tanya la siap2
Kah3...lalok hang no
itulah akibt terlampau focus hahahahahahah~~~~
haha.lenkali alert yee
ini adalah kerana kau tak mandi pagi, bukan sebab amoi2 cantik 2....
jadual ko xde tulis kuliah mane ke???? :S
ayin : dh tgk sebelum pegi kelas, sekali lupe daaa
daus : mana ceq nk taww
aynie : hahaha out of focusss!!
anisa : baik!
md : ahhhhh sesedap rasa je tuduhh
fifah : ade, aku dh tengok, terkonfius dgn kelas lain. haha
kihkihkihkih..2 la..len kli..hahaha
ad0i la,,ipen..ipen,, hehe ^^
lempeng : ape? ape? nk ngate aku la tu kan.
nasib baik tak tny kt mne UUM eh..?
atiqah : hahaha kalo lupe uum tu mmg tak lama dahhh
aku pon penah, masa sem4.
bangang btol, naseb blh cover sb masuk cls yg paper ak dh amk masa sem2.
kono dh xpert ah, so xnk kua dr cls, blaja smpai abes :p
lilihoney : hahahaha setailllll cover
hehehe
mcm tu pun bley
:D
lain kali buat reminder n trus ada alarm..hheeh
tunaqilah : mestilah boleh ;D
farhana : hahaha semangat betul sampai buat alarmmm
Post a Comment